:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, December 12, 2010

- berulang lagi.... -


Dua tiga hari ni (sejak Jumaat lepas) ummi, abah dan auni
ulang-alik dari Kubang Kerian - Pasir Mas.

Kenapa?

Kami sibuk mengemas bilik atas.
Dulu masa kami duk rumah umi&abah, kami duk bilik atas.
Sekarang bila dah duduk Pasir Mas, bilik tu kosong.
Abang Long kami yang belajar kat Mesir tu nak balik esok.

Jadi...

Kami kemaslah bilik atas tu.
Abang Long anak-beranak nak duduk bilik tu.
Alamak, banyak sungguh barang-barang yang nak kena kemas.
Barang abah yang paling banyak.

gambar raya tahun lepas
masa ni anak diorang baru seorang...sekarang nak masuk 3 dah.
Ummi? ... baru auni seorang

cucu sulung Tokbah dan Tokmi

Masa ni ummi mengandungkan Auni 7 bulan.


Ketika berempat...

Berlima?
- InsyaAllah bulan 3/2011 ni (^_^)

* Kakak Aisyah dan Nafi' ... jangan lupa coklat mak ngah pesan tu ya!


Friday, December 10, 2010

- Telur Bingkisan Rindu -

Malam kelmarin, ummi masak simple sangat.
Kat rumah takde stok ayam, daging, apatah lagi udang, sotong, ketam....huhuhu.
peti ais kecik je, mana cukup nak masukkan semua tu....

Tengok kat dapur, cuma ada telur 6 biji.
Maka, setelah puas fikir nak masak apa dengan telur tu,
terciptalah

"Telur Bingkisan Rindu"

*

*

*

*
Bahan2 :-

- 4 biji telur (goreng mata kerbau) tapi ummi lipat 2 telur tu
- 1/2 labu bawang besar (cincang bulat)
- 3 ulas bawang putih (cincang kasar)
- 1 sudu besar kicap cair (ummi guna kicap kipas udang)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili (ummi guna jenama HPA)
- 2 sudu besar sos lada hitam
- 1 sudu teh lada hitam (tumbuk kasar)
- 1 sudu sos tomatao (ummi takde sos tomato, ummi guna asam keping)
- 1/2 cawan air
- sedikit minyak untuk menumis
- garam, gula secukup rasa (ummi campur sekali serbuk perasa KOHILAL)

Cara memasak :-

1- Tumis bawang putih dengan sedikit minyak
2- Masukkan kicap, sos tiram, sos cili, sos lada hitam dan sos tomato. Kacau sebati semua bahan.
3- Masukkan sedikit air, kacau lagi.
4- Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar dan bawang besar. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
5- Akhir sekali masukkan telur mata kerbau, gaul mesra semua bahan tadi. Siap dah............

Simple sangat, kan? Semua boleh cuba.............memang sedap!

Thursday, December 09, 2010

- happy belated & becoming birthdays!!! -

entry hari ni ummi dan abah dedikasikan untuk
seorang HERO dan seorang RATU dalam hati kami sekeluarga.

1- HERO mak ngah dan ayah ngah

08.12.2009 - 08.12.2010
Nafi' bin Mohd Nurul Hisyam
- semoga membesar sebagai anak soleh
penyejuk hati kedua ibu dan ayah (^_^)


2- RATU hati abah dan ummi

10.12.1957 - 10.12.2010
Siti Saadah binti Sabilan
- terima kasih mak, kerana dengan restu doamu
kami selamat disatukan

** 11 days ... menghitung hari



- GA Teka & Menang Ibu3A -


Dah lama ummi nak join GA Kak Yong ni
Tapi...asyik tak menyempat nak kira duit syiling ni hehe
Okey, kalau nak tahu lebih lanjut GA Kak yong yang terbaru ni, klik sini ya
GA Teka & Menang Ibu3A


Agak2 berapa nilai syiling yang banyak sangat ni?
Ummi teka :-
1- RM82.62

Cukuplah teka sekali je hehe.
Okey Kak Yong...siap dah (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...