:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, September 21, 2009

- Salam Syawal 1430h -


Selamat Hari Raya Eidulfitri 1430h

Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada kami sekeluarga : Mohd Fikry Saida Marlina Auni Nafeesa

Wednesday, September 09, 2009

- Ketenanganku yang berharga -

(Auni Nafeesa penyeri Teratak Mawaddah)

Salam to all of you...

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi dengan kurniaan dan anugerahNya yang tak ternilai. Ketenanganku yang berharga selamat menjengah dunia tanggal 8 Ramadhan lalu. Lahirnya dalam bulan yang penuh barokah...alhamdulillah!

Auni Nafeesa, puteri yang dinamakan semakin menginjak 11 hari usianya. Pengalaman pertama bergelar ummi sangat mengujakan diri. Pertama kali baby Auni kupangku dan kudakap, rasa kasih semakin menggunung. Wah, serasa tak percaya diri ini sudah bergelar ummi. Fasa kedua perkahwinan, menjadi seorang ibu sudah kulalui dan kurasai. Hari-hari melihat Auni membesar di depan mata, membuatkan aku semakin memahami naluri seorang ibu


(Semoga menjadi srikandi mukminah sejati, permata hati ummi dan abah)

Auni Nafeesa > ketenanganku yang berharga.
(wah..moga jadi penenang buat dunia hari ini yg huru hara gak :) > mesej daripada Ayah Din)

Ya, moga dia menjadi penenang jiwa dan penyejuk mata ummi dan abahnya serta dunia yang semakin huru-hara sekarang...insyaAllah ameen (^_^)

(Hadiah untuk Auni daripada atok dan nenek serta Tok Ba)

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada kedua ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara juga sahabat handai di atas kalungan doa serta pemberian untuk kami sekeluarga. Mak dan abah, terima kasih banyak atas kunjungan yang mengejutkan :) terima kasih juga yang tak terhingga kepada suami tersayang dan ibu mertua yang setia menemani diri ini ketika terlantar di hospital selama 4 hari. Melayan kerenahku yang tak menentu sepanjang berada di sana.

Auni sayang Ayah We (^_^)

Jadual harianku turut berubah mendadak semenjak kehadiran Auni. Bangun malam selang dua jam memang menjadi satu kewajipan. Menyusukan, menukar lampin dan bercerita dengan Auni semakin menjadikan aku ingin menerokai alam si manja dengan lebih mendalam. Mujur ada Ayah We yang menjadi peneman Auni. Dialah yang membangunkan si manja apabila hendak disusukan, dia jugalah yang menemani lena si manja pada waktu siang hari. Suka benar mengasuh anak kecil (^_^)

* Nampaknya tahun ni kami beraya bertiga di rumah. Semua ahli keluarga berkumpul di rumah Ayer Lanas. Apa pun, SELAMAT BERGELAR RAJA SEHARI buat Tok Sue dan Tok We daripada Auni :)

Saturday, September 05, 2009

- cerita Jumaat -

(Barang-barang untuk tahnik)

(Bersama ummi dan tok mi di depan rumah tok guru Nik Aziz)

Assalamu'alaikum semua...

Seronoknya Auni...kenapa? Cuba tengok gambar kat atas tu. Auni dah jumpa Tok Guru Nik Aziz kelmarin..(pagi Jumaat) untuk ditahnikkan. Abah bawa Auni pergi Masjid Pulau Melaka. Syahdu aja rasanya bila Auni dapat dengar suara Tok Guru sedang mengimamkan Solat Subuh. Tenang je rasanya. InsyaAllah, Auni akan solat berimamkan Tok Guru satu hari nanti. Ramai sungguh kawan-kawan sebaya Auni pagi tu. Tapi, abah cakap Auni ni paling kecil sekali :) hehehe.

Alamak, malam tadi badan Auni panas semacam. Rimas juga Auni. Mujur abah letakkan tuala kecil basah atas dahi Auni. Sekurang-kurangnya panas Auni turun sikit. Ummi pula sudukan air zam zam dalam mulut Auni. Ah, leganya. Sedap pula tu air zam zam ni. Kawan-kawan mesti cuba tahu. Air ni sangat berkhasiat!

(Auni demam ni...mujur abah letak tuala kecil atas dahi, so panas Auni dah kurang)

Kesian kat ummi dan abah, asyik kena kejutkan Auni bangun untuk minum susu. Auni pula susah nak bangun. Kenapa ye?? Auni rasa mata Auni ni berat sangat, susah nak buka. Ummi selalu cakap Auni ni celik-celik manja hehehe. Apa tu ummi?

(Auni celik-celik manja gitu... )

Tak sabar nak tunggu pak-pak dan mak-mak sedara Auni balik rumah!!!

Friday, September 04, 2009

- Permata Yang Dinanti -


Auni Nafeesa
Permata hati Mohd Fikry & Saida Marlina

Assalamu'alaikum semua...

Siapa agaknya baby comel ni ya? Mesti semua tertanya-tanya. Mana Ummi Na dan Abah Yie? Kenapa pula baby ni tiba-tiba muncul dalam Teratak Mawaddah? Jangan keliru... Inilah baby yang dinanti kehadirannya khususnya bagi pengunjung Teratak Mawaddah :)

Nama saya Auni Nafeesa bt Mohd Fikry. Panggilan manja Auni ye! Alhamdulillah, Auni selamat keluar dari rahim ummi tanggal 8 Ramadhan 1430h yang lalu, bersamaan 29 Ogos 2009 kira-kira jam 10.29 pagi. Kenapa Auni keluar awal? Itulah, Auni tak sabar sangat nak keluar dari perut ummi. Erm, sebenarnya tekanan darah ummi terlalu tinggi. Auni ingat lagi, minggu lepas hari Jumaat 28/08/2009 ummi dan abah pergi klinik untuk check tekanan darah ummi. Terkejut sangat bila doktor beritahu tekanan darah ummi 170/100. Tingginya, kesian kat ummi.

Doktor terus telefon hospital. Lalu, ummi dibawa ke HKB untuk pemeriksaan dan tindakan seterusnya. Dipendekkan cerita, ummi terpaksa dibedah demi untuk menyelamatkan nyawa ummi dan Auni. Alhamdulillah, berkat doa seluruh ahli keluarga Kelantan dan Selangor, juga sanak-saudara dan rakan-rakan ummi selamat dibedah pagi Sabtu minggu lepas.

Auni pun tak sangka dapat keluar cepat dari perut ummi ni. Dapatlah beraya dengan ummi dan abah Syawal tahun ni. Doa ummi termakbul juga akhirnya...kan ummi sayang? Sejak Auni lahir ni, ummi dan abah selalu tangkap gambar Auni. Banyak betul. Ummi memang suka tangkap gambar dan bergambar. Patutlah Uncle Asy gelarkan ummi dan abah ni pasangan fotogenik IA-Tech hehehe :)

Oklah....sampai sini sahajalah Auni nak cerita. Auni nak tidur dan rehat dulu. Biasalah, baby kan kena cukup tidur hehehe. Hingga berjumpa lagi di lain ketika. Salam sayang penuh kasih dari Auni.

Gaya Auni ketika tidur : boleh jadi model iklan ni hehehe

*** tak sabar nak jumpa ayah long, mak long, kak aisyah, ayah chik, ayah din, ayah we, cik ewa dan mak su ni :) juga atuk nenek dan pakcik-pakcik serta makcik tunggal Auni kat Shah Alam tu....hehehehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...