:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, May 16, 2009

- SELAMAT HARI GURU -


16 Mei / Sambutan Hari Guru

Bila tiba tarikh ni, Ummi Na pasti teringat 2 zaman.

1- zaman bergelar seorang pelajar
2- zaman bergelar seorang pendidik

Kenapa agaknya? Em, sebabnya Ummi Na pernah melalui 2 zaman tersebut. Pengalaman yang paling berharga. Ada suka duka, pahit manis ketika melalui 2 zaman tersebut. Semasa bergelar seorang pelajar, kami akan meraikan semua guru. Manakala apabila kita bergelar seorang pendidik, kita pula yang diraikan oleh anak-anak murid.


Semasa zaman persekolahan dahulu, Ummi Na sering tertanya-tanya. Perlukah guru itu dirai? Kalau ya, mengapa? Bukankah hari-hari merupakan hari guru? Sebagaimana setiap hari merupakan hari ibu, hari bapa, hari suami, hari isteri, hari kanak-kanak? Bukankah cukup andai kita membalas jasa dan pengorbanan guru itu dengan mengikut segala nasihat, tunjuk ajar, pesanan dan menghormati serta memuliakannya lantaran ilmu yang dicurahkan tanpa jemu untuk kita? Perlukah kita mengadakan sambutan hari guru di samping sambutan itu diisi dengan sukaneka, acara nyanyian, tarian, lakonan dan sebagainya? Kemudian acara saling bertukar hadiah antara guru.


Ummi Na masih tertanya-tanya juga. "Tak salah kita nak raikan guru. Itu salah satu cara bagaimana kita menunjukkan kasih kita dan berterima kasih di atas segala pengorbanan yang diberikan. Apa salahnya? Cumanya mungkin cara pengisian sambutan itu yang perlu diubah. Ada sesetengah sekolah, menganjurkan aktiviti yang bertentangan dengan syarak. Contohnya, pertandingan nyanyian dan tarian yang bercampur antara guru lelaki dan perempuan. Yang ni memang melampau lah. Memang kena ubah" -em,teringat kata-kata seorang kawan lama


"Kita (saya) bukan tak setuju dengan sambutan hari guru ni, tapi entahlah. Yelah, cuba tengok sekarang ni. Bila tiba hari guru je, seolah-olah menjadi satu kewajipan kat anak murid untuk bagi hadiah kat guru. Kalau tak bagi hadiah tu, macam murid tu tak hargai jasa guru. Ada pulak tu sampai takut nak ke sekolah. Sebabnya? Nanti kawan-kawan ejek kalau tak bawa hadiah untuk guru. Cuba tengok murid-murid yang miskin. Tak kesian ke? Tergaru-garu kepala nak bagi hadiah apa kat guru? Dahlah hidup pun ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Nak cari duit kat mana untuk beli hadiah tu? Sapelah yang pandai-pandai buat sambutan hari guru ni?" -kata-kata seorang kawan yang terlalu sensitif dan emosi bila bercerita bab hari guru


Apabila Ummi Na bergelar seorang pendidik, seakan terkena culture shock pula:) tahun pertama menyambut hari guru di sekolah, Ummi Na sampai tak cukup kaki tangan bawa pulang hadiah yang anak-anak murid Ummi Na beri. Ada kain sarung, jam loceng, payung, tudung, buku nota, bedak malah ada juga anak murid Ummi Na beri hadiah cincin. Memang Ummi Na terkejut sangat. Nama murid ni Muhammad Nur Yusri, tapi kami panggil Anje. Anje ni baru darjah satu masa tu. Dia memang murid yang paling mendengar kata dalam kelas. Sering dapat markah tinggi dalam pelajaran yang Ummi Na ajar (Bahasa Arab). Tersenyum Ummi Na bila dapat cincin tu. Sejak hari tu, Anje asyik diusik dan disakat oleh guru-guru di sekolah kami :) sampaikan dia malu sangat setiap kali Ummi Na masuk kelas.


Apapun, Ummi Na ingin mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" istimewa buat mak Ummi Na yang tersayang SITI SAADAH BT SABILAN. Dialah guru Ummi Na sejak Ummi Na dalam kandungan lagi. Kemudian buat mak mertua WAN NORMA BT WAN ABDU RAHMAN. Tidak ketinggalan buat suami tercinta dan paling dikasihi, yang sentiasa dekat di hati MOHD FIKRY BIN MOHAMED. Terima kasih atas segala kasih-sayang, tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan yang abang berikan selama ini. Juga tidak ketinggalan buat abah mertua MOHAMED BIN HJ. ISMAIL. Tak lupa juga kepada teman-teman seperjuangan di KAFAi Al-Muhtadin, Desa Kemuning. Semoga kalian sentiasa menjadi pembakar semangat anak-anak ini dan jadilah warga pendidik yang penuh dengan kemuliaan. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa kalian di atas segala ilmu dan pengorbanan yang kalian berikan dalam mendidik anak-anak ini.


* Apakah yang diharapkan oleh seorang guru??

1 comment:

  1. Terima kasih isteri abang sayang kerana juga telah sudi untuk sama-sama berkongsi suka duka sekaligus menjadi guru untuk abang dalam lengkap melengkapi hidup ini. sayang isteri abang ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...