:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, August 31, 2012

Senarai Peserta 3rd Birthday Giveaway

Berikut merupakan Senarai Peserta 3rd Birthday Giveaway setakat : 10/09/2012 ^__^


  1. Ummu Muhammad
  2. Ummi Iman
  3. MAWAR
  4. Anamarza
  5. Cik Rose Cute
akan di update dari semasa ke semasa


Wednesday, August 29, 2012

Homestay Muslimah menjanjikan keselesaan untuk anda

ini adalah entry 'langkah bendul'

Pada mulanya ummi nak cerita pasal Syawal 1433h yang kami sambut di Shah Alam, tetapi ummi excited sangat nak beritahu kalian bahawa.......................kami ke Dungun baru-baru ini ^__^. Entry tak sabar ni sekadar nak mempromosikan homestay yang kami tinggal. Ya, salah satu homestay terbaik pada piawaian ummi setakat ini. Terbaik dari segi layanan, perkhidmatan, keselesaan. Anda patut tinggal di homestay ini jika anda bercadang untuk ke Dungun okey!

Kami tinggal di Homestay Muslimah yang terletak bersebelahan SMK Sura, Dungun, Terengganu. Yang paling best dan teruja adalah, homestay ni dekat sangat dengan Pantai Sura. Jalan kaki aja ke sana ye. Ummi rasa pantai ni tak digalakkan mandi sangat sebab bahaya hehe. Tetapi kalau anda berani, silalah mandi. RM160/malam sahaja. Memang sangat murah.

 bahagian dapur Homestay Muslimah (apa daaa...letak dapur dulu hihi)

Kat dapur ni ada tempat gosok pakaian, dapur memasak, peti ais dan peralatan asas memasak. Kuali, periuk nasi, periuk, tarmos....semua ada. Anda cuma perlu membawa beras dan bahan-bahan mentah untuk dimasak ye. Belakang rumah ni ada mesin basuh juga.

bilik tidur kedua (tunggang langgang semua gambar ni hihi)

ini merupakan bilik ketiga yang terletak di sebelah ruang dapur

inilah Master Bedroom yang sangat besar, selesa dilengkapi air-cond. 
Juga terdapat bilik mandi di dalam bilik ni.

ini pula ruang tamu homestay.
Selesa dan terdapat meja makan ye.

sudah semestinya..........pantai yang sangat dekat dengan homestay.
Jalan kaki aja kalau nak ke pantai ni. Subhanallah, memang cantik sangat

Anda boleh layari blog Homestay Muslimah untuk maklumat lanjut.


Monday, August 27, 2012

Bersiaran setelah seminggu menyepi

kenangan Syawal 1433h di Shah Alam

Alhamdulillah, dapat bersiaran setelah hampir seminggu lebih menyepi tanpa berita. Balik Shah Alam langsung tak buka blog disebabkan jadual yang sangat padat (^__^") Memang merundum habis pencapaian TM minggu ini hehe. Mungkin juga disebabkan anda tidak dapat membuka blog kami. Yeke?

Sebenarnya blog ummi kena malware detected. Ummi tak berapa faham juga sebenarnya huhu. Tapi yang pasti ummi tak dapat buka dan baca blog ummi masa ummi guna Google Chrome. Puas buka, tapi tak boleh baca. Apa masalahnya ye? Ummi tak tahu nak buat camana. Ini pun ummi tiba-tiba boleh buka guna Mozilla Firefox. Tapi ummi tak pasti kalian boleh buka dan baca atau tidak. Sila tinggalkan komen di sini kalau kalian dapat buka dan baca blog kami ye =)

Untuk 3rd Birthday Giveaway yang kami anjurkan baru-baru ini, berlaku perubahan ya sahabat2 semua. Tarikh tutup akan berakhir hingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak disebabkan masalah teknikal yang kami hadapi. Maaf atas segala kesulitan. InsyaAllah kami akan beritahu dalam waktu yang terdekat.


Friday, August 17, 2012

Salam Syawwal 1433h daripada TM


*******************************************
Ketika anda singgah di Teratak Mawaddah dan mata anda sedang menatap gambar di atas, 
sukacita dimaklumkan bahawa kami bertiga sedang dalam perjalanan menuju ke Shah Alam ^__^

Bertolak kira-kira jam 3 atau 4 pagi..insyaAllah bersahur dalam perjalanan nanti.

Kami berada di Shah Alam sehingga 22/08/2012, kemudian bertolak ke Terengganu pula untuk majlis pernikahan abang ummi. InsyaAllah akan pulang ke Pasir Mas pada 24/08/2012. Doakan perjalanan kami selamat ya.

Di kesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan Salam Eidulfitr kepada semua pengunjung dan Sahabat Mawaddah ^__^ Mohon maaf atas segala kesilapan kami, samaada sengaja mahupun sebaliknya. Semoga ukhuwwah kita kekal selamanya


Wednesday, August 15, 2012

"Number One For Me" Pilihan Utama Auni


Sebelum ini, lagu-lagu arab nyanyian Dhuha menjadi pilihan dalam kereta. Sampai dah rosak pun CD tu di'kerjakan' auni. Siang malam pagi petang, naik kereta mesti Dhuha pilihan utama. Kemudian beralih pula kepada lagu kanak-kanak seperti Ummiku Sayang. Dia pun dah pandai masukkan CD sendiri dan tekan nombor berapa lagu tu dalam CD tu. Lagu Ummiku Sayang pun dia dah hafal.

Sekarang ni, kalau naik kereta aja mesti anakanda solehah ni suruh pasang lagu Number One For Me nyanyian Maher Zain. Pula tu volume mesti sampai 18 ye. Bayangkanlah kalau volume 18 tu huhu. Berdesing sekejap rasanya telinga ni hehe. Lagu ni memang ummi pun suka. Teringat dekat mak yang jauh di Shah Alam.

- Abah, pasang One For Me
- Abah, kuat lah.
- Pasang lagi One For Me (ulang banyak kali sebelum tiba ke destinasi)

KLIK SINI untuk dengar lagu Number One For Me

***********************************************************
Semalam ummi kurang sihat. Jadi, ummi kurang bercakap. Tetapi, semalam hari istimewa kerana ummi sedar bahawa anakanda solehah ini sememangnya seorang yang sangat prihatin dan menjaga kebajikan umminya :


p/s : tak pernah menyangka bahawa anak sekecil 3 tahun ini yang mengatakannya di hadapan ummi v__v


Tuesday, August 14, 2012

Blog Review : Teratak Mawaddah sudah diterjah

Referrers minggu ini : TQ sop ^__^
hanya kerana blog review yang dianjurkan oleh blogger SOP

Alhamdulillah. Teratak kami telah direview oleh sop beberapa hari yang lalu. Baru hari ini berkesempatan untuk ummi kongsikan sedikit-sebanyak apa yang telah dikomen oleh sop untuk blog kami (^_^")

 ummi secara peribadi, memang suka benar dengan warna ungu ni. Sedari kecil ye. Masa sekolah dulu, kalau boleh semua barang nak warna ungu ^__^ Kalau ada warna pilihan, memang ungu lah warna pilihan hati. Teratak kami ni, ummi lebih suka menggunakan warna ungu sebagai latar dan header. Lembut...nampak sikit kewanitaannya tu kuikui.

 Terima kasih sop atas teguran dan cadangan nasihat yang sangat membina ni. InsyaAllah akan kami perbaiki. Ummi memang perasan yang saiz blog ummi ni memang melebihi saiz skrin. Shoutbox tu memang ada masalah, jadinya ummi "buang" aje sebenarnya. Asalnya ummi kurang gemar dengan shoutbox ni huhu. Tajuk entry ummi, hehe. Memang adakalanya pendek sangat. Lepas ni kena panjang sikit dan gempak!

 pandangan dari blogger Mia Liana sangat bagus dan bernas. Ummi akan perbaiki lepas ni. Memang berkira-kira nak tukar atau campur warna purple tu dengan sedikit warna lain yang sesuai. Iklan Nuffnang tu, nampaknya ummi kena study dulu...dah tak ingat hehe

Okey, pandangan ini juga ummi sangat ambil kisah. InsyaAllah akan diperbaiki (^__^")

****************************************
terima kasih semua atas kunjungan, pandangan, komentar dan segalanya yang anda tinggalkan ketika berkunjung ke teratak kami.

Hutang Entry, bila nak bayar?

bersiaran secara langsung dari opis ummi ^__^

Sehari dua ni ummi agak sibuk, jadi masa berblogging tu hanya boleh dipandang sebelah mata. Eh, kerlip-kerlip gitu aja hihi. Okey, hutang entry yang ummi senaraikan dalam diari adalah :

  1. Blog Review : 1 hari 1 blog (teratak kami dah diterjah tau)
  2. Ummi menang hadiah dari Fathaz e-store (dapat tudung raya)
  3. Wakaf Che Yeh (orang lain rebut Lailatul Qadar, ummi ni Lailatul Kamdar huhu....)
  4. Biskut Raya (teringin nak buat Almond Cluster)
Nantikan entry ummi satu-persatu ye ^__^

* internet kat rumah slow semacam huhu

Sunday, August 12, 2012

Persiapan Raya Tahun Ini

entah kali yang ke berapa Puding Triffle ni ummi buat hehe

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, kita semakin hampir ke penghujung Ramadhan. Entah kita sempat untuk berjumpa Ramadhan akan datang, hanya Dia yang mengetahui segalanya. Raya tahun ni, ummi tak beli baju (setakat ini). Ummi cuma jahit sepasang baju kurung hadiah yang sedare bagi masa awal-awal kahwin dengan abah dulu. Bila tu? 4 tahun yang lalu...hihi. Baru sekarang ummi jahit. Bukan apa, tiap-tiap bulan memang ummi akan jahit hanya sepasang baju kurung. Memang banyak sangat kain pasang ummi dapat masa kahwin dulu. Ini pun ada lagi lebih kurang 3-4 pasang tak berjahit lagi.

Baju auni dah beli awal-awal Ramadhan dulu. Beli di Mydin aja, lagipun memang cantik kain dan design tu. Ummi berkenan. Abah kata mahal sebab baju kurung tu harganya RM40.00 hehe. Takpe, lagipun setahun sekali je beli baju semahal itu bang. Tahun ni abah tak beli baju melayu. Tetapi abah beli jubah sahaja. Jubah yang separuh tu...alamak, ummi tak tahu baju tu dipanggil apa :) Abah akan pakai dengan seluar warna krim.

Duit raya untuk adik-adik, anak sedare dan saudara-mara pula ummi dah minta Penolong Akauntan di opis tukarkan. Awal-awal Ramadhan dulu juga. InsyaAllah esok baru dapat. Cuma sampul duit raya ummi tak beli lagi. Rasa nak beli yang design duit lah...okey ke?

Biskut raya? Tahun ni ummi tempah juga biskut raya. Adalah dalam 4 jenis biskut raya. Tahun ni raya di Shah Alam, jadi ummi dah buat bajet untuk rumah mak, rumah umi dan rumah kami. Cadangnya dalam sehari dua ni nak buat Cornflakes Madu dan Almond Cluster. Buat yang mudah-mudah aja hihi. Harapnya dapat buatlah.

InsyaAllah kami akan balik Shah Alam hujung minggu ni. Bertolak sebelum sahur. Itu yang sebaik-baiknya ^__^ Doakan perjalanan kami pergi dan pulang selamat ye.


Saturday, August 11, 2012

Bergaya dengan Mata Belalang

Alkisahnya, ummi sempat menyambar mata belalang masa shopping di Mydin tempohari. Mata Belalang? 

 kawan-kawan, inilah "Mata Belalang" ummi saya ^__^

Ya. Itulah mata belalang yang ummi maksudkan. Ummi ni tak boleh tengok cahaya panas terik. Mesti sakit kepala menyerang + loya nak muntah + nak pitam pun ada. Jadi, untuk mengelakkan semua tu berlaku ketika ummi berjalan di bawah pancaran matahari yang panas terik, ummi beli jugalah mata belalang ni.

tengok tu, anak solehah ni yang merasmikan dulu
Siap lentok manja tu.....eii, geram sungguh budak bertuah ni. Sangat comellah.

Waktu bila ummi merasmikan kaca mata hitam ni?

Ketika kami pergi Medan Ilmu semalam (^__^")

 sedang elok rasanya....
ini pun rasa "alamak, teriknya cuaca". Kalau buka kaca mata hitam tu, lagilah mata ummi ni sepet macam anak cina huhu

 berat ummi turun hampir 5kg sepanjang Ramadhan ni ^__^

Berkeluarga hingga ke syurga hendaknya


Friday, August 10, 2012

Qiam With Me : Dari Lensa Mawaddah Creative Design

Entry ini mengandungi 11 keping gambar

Seperti yang ummi janjikan, gambar-gambar ini dibawakan khas untuk anda ^__^
Qiam With Me ~ dari lensa Mawaddah Creative Design

*

*

Tarikh : 09.08.2012
Hari : Khamis malam Jumaat
Lokasi : Istana Kubang Kerian

 suasana di luar ketika Solat Isya'

Rupa-rupanya Solat Isya' dan Solat Terawih bermula jam 10.00 malam. Abah auni dah solat isya' dan terawih di surau sebelah rumah, kemudian baru bertolak ke istana. Jadinya, lensa kamera dihalakan ke arah jemaah yang sedang solat

sini pun dipenuhi dengan sebahagian jemaah yang turut sama meraikan Qiam With Me

 Subhanallah...

ruang santapan diraja ^__^

mereka bukan duduk di meja santapan, tetapi hanya duduk di bawah beralaskan karpet

 solat isya' dan terawih diketuai oleh Ustaz Lokman
Ummi memang suka mendengar suara Ustaz Lokman mengalunkan Kalamullah
Syahdu...tenang...khusyu'

 Al-Sultan kami yang kami sanjungi di samping Tok Guru yang dikasihi

Wajah suci bersih Tok Guru ^__^

 Ustaz You Tube : UAI
peminta ustaz memang ramai....

 Allahu Rabbi...ramainya.
ini baru sebahagian jemaah sahaja

inilah jurukamera yang setia bersama kameranya

***********************************
Hingga jumpa lagi Qiam With Me tahun hadapan

Gambar sekitar Qiam With Me

Allahu Akbar!
ISLAM dijunjung
RAJA disanjung
RAKYAT dipayung

 Istana Kubang Kerian : ketika solat terawih
Subhanallah .........

Qiam With Me

 Moreh Minda oleh UAI

Penuh sesak dengan jemaah yang sentiasa menyayangi dan menyanjungi Sultan berjiwa ISLAM



sumber :  kebanyakan gambar adalah dari FB UAI (Original)

*******************************
gambar lain akan menyusul kemudian
p/s : abah auni pergi Qiam ni...ummi tak dapat pergi v__v

Nuffnang berwajah baru?

Eh, adakah ummi yang ketinggalan dan lambat mendapat tahu bahawa 
Nuffnang berwajah baru?
Oh...tiba-tiba rasa semangat berblogging makin tinggi pula bila lihat wajah baru Nuffnang.
Ummi suka sangat2 ^__^
Kemas!

Jom...siapa2 yang belum join Nuffnang, silalah berbuat demikian ye.
(ummi tak pandai nak komen sangat pasal wajah baru Nuffnang ni...anda2 sekalian,
 silalah komen ye)

 Ini pencapaian TM minggu ini
03.08.2012 - 08.08.2012
Semakin meningkat, dan masih boleh dipertingkatkan lagi nampaknya :)

Anda yang ingin mencuba Pizza Roti Gardenia, silalah klik link di bawah ini ye :-

  1. http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2011/05/pizza-roti-gardenia.html
  2. http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2011/09/roti-berinti-daging-alalasagna.html
  3. http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2011/10/roti-berinti-dagingsekali-lagi.html
  4. http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2012/01/roti-berinti-dagingkali-yang-ke-3.html
Selamat menjamu selera (^__^)



Thursday, August 09, 2012

Qiam With Me

sila skrol ke bawah untuk entry terkini


Qiyamullail Perdana bersama Sultan Kelantan
&
Moreh Minda bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI)

*********************************************
09/08/2012 @ 20 Ramadhan 1433h
Dewan Jubli Perak, Istana Negeri Kubang Kerian

Jom beramai-ramai................


* mujur rumah tokmi belakang istana aja. Harap2 ummi dapat pergilah ^__^



Menu sahur & berbuka


Alhamdulillah. Tinggal lagi beberapa hari aja baki Ramadhan untuk tahun ini. Pejam celik pejam celik, sekejap sangat rupanya masa berlalu, kan? Makin nak tamat Ramadhan ni, makin kurang berselera ummi nak makan v__v.

Biasanya, kalau bersahur dan berbuka abah auni suka sangat makan nasi. Dah memang nasi tu makanan ruji yang tak boleh dipisahkan dari hidup dia hehe. Mesti kena ada nasi. Lauk pauk pula, tak kisahlah apa-apa aja. Telur goreng semata-mata pun takpe hihi. Sangat mudah kan?

Ummi? Makan nasi sekali sahaja iaitu waktu berbuka. Kalau bersahur, ummi hanya minum shake + 3 biji kurma. Shake herbalife tu biasanya ummi campur dengan nestum 3 in 1. Tak pun masukkan i-Food @ susu kambing. Nasi memang tak jamah langsung. Cuma lebihkan minum air masak. Biasanya waktu bersahur, ummi akan minum 3L air masak ye. 

Waktu berbuka pula, ummi akan makan 3 biji kurma + shake Herbalife. Shake tu ummi bland dengan kurma + nestum 3in1 @ air soya @ i-Food @ susu kambing. Lepas solat Maghrib barulah ummi jamah sesenduk nasi dengan lauk pauk. Lebihkan minum air masak.

Alhamdulillah, ummi baru turun hampir 5kg (^__^)

Anda pula bagaimana?


Monday, August 06, 2012

Saturday, August 04, 2012

Puding Triffle


Alhamdulillah =)

Hajat nak buat Puding Triffle sebagai pencuci mulut petang sejak berkurun lamanya tercapai jua. Petang semalam ummi 'paksa' abah belikan bahan-bahan nak buat puding ni hehe. Kebetulan ummi hanya sempat buat puding ni selepas Asar. Resepi? Ummi rasa ramai dah buat resepi ni, dan tahu macam mana nak buat ^__^

Bahan2 :-
- kek gulung
- 1 tin buah-buahan koktail (besar)
- 1 tin susu cair *
- 2 sb tepung kastard *
- 1 bijing kuning telur *
- 1sk esen vanilla *
- 4 sb gula pasir *
- 1 kotak serbuk Jelly (ummi guna jenama Nona perasa strawberry)

Cara2 :-
- Potong kek gulung dan susun dalam bekas lutsinar seperti gambar di atas agar nampak cantik hehe
- Basahkan sedikit kek gulung tadi dengan jus buah-buahan koktail (tak perlu banyak)
- Sementara itu, campurkan bahan2 bertanda * ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga likat. Sentiasa kacau agar tidak berketul. Kemudian bila dah suam curahkan ke atas kek hingga rata.
- Tabur buah-buahan koktail yang telah diasingkan airnya ke atas bancuhan kastard tadi
- Masak serbuk jelly mengikut arahan di kotak tersebut
- Curahkan jelly cair yang suam ke atas buah-buahan koktail tadi

sila abaikan rupa bahagian atas yang kurang cantik itu

Selamat mencuba ^__^

Friday, August 03, 2012

Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI)


Mari kita ramai-ramai memeriahkan lagi majlis ilmu ini
Jom Gi Kuliah bersama USTAZ AZHAR IDRUS (UAI)

****************************************


Thursday, August 02, 2012

Blog Review di blog sop.name.my


Jom ramai-ramai kita join segmen yang dianjurkan oleh blogger sop ni ^__^
KLIK SINI untuk ketahui syarat-syarat yang ditetapkan


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...