:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, August 29, 2011

Princess Solehah 2 tahun kini (^_^)

Princess Solehah kesayangan ummi dan abah

Alhamdulillah....

Usia anakanda solehah ummi dan abah sudah 2 tahun kini. Terasa baru semalam ummi lahirkan auni. Masih terbayang wajah auni yang merah dulu. Suara tangisan auni sejurus dilahirkan sangat halus :p. Syahdu sungguh perasaan ummi tatkala mendengar tangisan auni. Ya Allah, aku sudah bergelar UMMI.

Auni anak ummi dan abah yang sangat MANJA tapi BERDIKARI. Ini yang boleh ummi simpulkan kala ini. Ya, auni sangat manja dengan abah dan ummi. Kalau nak tidur, mesti nak ummi kat sebelah. Lepas tu tangan ummi kena letak atas tangan auni sambil sebelah tangan tepuk-tepuk paha auni. Tak lupa juga zikir dan selawat yang selalu menemani lena auni.

Auni suka sangat tolong ummi dan abah. Ummi sangat hargainya nak. Sejuk hati ummi ni bila lihat auni angkat kain yang ummi dah lipat. Auni masukkan dalam rak baju, walaupun susunannya tidak teratur :p Ummi suka sangat bila auni terus ambil Al-Quran dan duduk sebelah ummi selepas solat Maghrib. Auni tadah tangan baca doa dan terus baca Al-Quran. Ya Allah, berkatilah anak solehah ini.


Sayang ummi dan abah...
Tiada hadiah yang lebih bermakna yang kami boleh beri untuk anakanda melainkan sekalung doa agar anakanda solehah diberi kesihatan yang baik. Sihat tubuh badan, semakin cerdik pandai, solehah sentiasa dan menjadi penyejuk hati ummi dan abah. Ummi dan abah tidak kaya, tapi kami jadi kaya kasih-sayang dengan adanya anakanda solehah yang sangat bernilai. Ketahuilah, dulu kini dan selamanya, kasih-sayang ummi dan abah semakin mekar untuk auni.

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-2
Anakanda Princess Solehah
* 8 Ramadhan 1430h - 8 Ramadhan 1432h *
(29/08/2009 - 29/08/2011)


~ kami mengalu-alukan kepada semua Sahabat Mawaddah dan pengunjung Teratak Mawaddah untuk memberikan ucapan selamat sempena hari lahir anakanda solehah kami. (maaf, ini bukan contest/GA, namun kami sangat berbesar hati andai kalian turut sama memberikan ucapan selamat untuk anakanda solehah (^_^) )

Sunday, August 28, 2011

Tukar Wajah lagi

Ehem!
Perasan tak Teratak Mawaddah berwajah baru?
Ummi cuma tukar header dan background serta tulisan.
Ini kali ke berapa tukar wajah pun ummi tak tahu :p
Perubahan ni dibuat sempena menyambut Syawwal (^_^)
* abah pun tak tahu lagi yang ummi make-over Teratak Mawaddah hehe

Alhamdulillah

Hari ni hari Ahad.
Ummi menaip di ofis.
Hari ni ummi kerja (^_^)
Esok baru mula bercuti.
Hari ni rasa sunyi sangat sebab tak ramai yang kerja
Tingkat ummi ni, cuma ummi seorang aja perempuan :p

Waahh, gelapnya di luar tu.
Nampaknya sekejap lagi hujan nak turun.
Angin pun kuat tu, rasa macam nak terbang semua barang hihi..

Alhamdulillah, semalam dah beli baju raya.
Cadangnya ummi nak buat kek esok malam.
Petang esok nak masak rendang pula.
Meriah rasanya raya tahun ni sebab dah bertambah bilangan ahli keluarga (^_^)

Hingga jumpa lagi,
Salam Syawwal

Saturday, August 27, 2011

Shah Alam : Episod 5 (akhir)

Shah Alam
20/08/2011
Hari ke-5

(mengambil masa yang agak lama nak update cerita ni sebab semua gambar belum transfer ke laptop hihi...)

Alhamdulillah.
Kami bertolak dari Shah Alam kira-kira jam 10.15 pagi juga (lewat tu). Kali ni acik ocob ikut sekali. Sebelum bertolak tu, sempatlah auni makan nasi yang nenek suap. Banyak betul dia makan. Kalau ummi yang suapkan, alahaiii...cuma 4-5 suap aja dia makan :p Kalau nenek suap, memang banyak dia makan.
* nak keluar ikut pintu pagar...mana lah muat.
* nenek suap sampai kena kejar auni kat luar rumah hehe
* seperti biasa, gambar bersama keluarga adalah PERLU
* masih sempat membuat "kerja sekolah" dalam kereta, walhal atok dan nenek dah lambai-lambai tu...

Perjalanan kali ni memakan masa selama 12 jam perjalanan. Amboiii, lamanya kan? Abah berhenti 2 kali untuk lelapkan mata. Kami singgah di Kuala Krai untuk berbuka puasa. Sampai rumah kira-kira jam 10.30 malam. Memang letih sangat. Masuk rumah aja memang ummi dan auni dah zzzzz.

inilah acik ocob yang ikut kami balik. Acik Ocob duduk Pasir Mas hanya 4 hari je. Namun sempatlah juga merasa berterawih di Qaryah Ramadhan dan berbuka puasa kat rumah Kubang Kerian :p Tapi sayangnya, kami tak sempat bawa acik ocob jalan-jalan. Kerjaaaa!!!

Hingga jumpa lagi ye keluarga Shah Alam (^_^) InsyaAllah bulan 11 ni masa acik edil kahwin.
* ummi balik Shah Alam makan banyaklah huhu....

Friday, August 26, 2011

checking

---> Sedang membasuh baju-baju raya Auni dan abah. Ummi? Masih belum ada.....
---> Melayan princess solehah membaca buku
---> Update blog walaupun hanya beberapa patah perkataan :p
---> Packing baju nak balik Kubang Kerian pagi ni (tapi nak singgah membeli-belah dulu)

***********************
* biskut raya _/
* duit raya adik/anak sedare/sepupu _/

Hingga jumpa lagi (^_^)

Thursday, August 25, 2011

Wordless


(^_^)

Sepuluh akhir Ramadhan
Dikurniakan Lailatul Qadar
Malam yang terbaik
Diumpamakan seribu bulan

- UNIC -

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dah lama tak dengar lagu ni.....

Wednesday, August 24, 2011

Shah Alam : Episod 4

Shah Alam
Hari keempat
19/08/2011
happy together

Rancangan awal kami nak ke KLCC sekali lagi. Kali ni bersama keluarga abang long dan kawan-kawannya. Memang sebenarnya kami (abah+ummi+auni) nak masuk Aquaria. Dah lama duduk Shah Alam tak pernah masuk situ lagi. Lagipun auni dah kenal ikan dan binatang lain. Inilah peluangnya :)

Hari tu hari Jumaat. Berkejar masa jugalah nak ke Aquaria tu. Bayaran masuk bagi dewasa RM35. Auni percuma je. Memang seronok sangat masuk Aquaria tu :) Ummi cuma masukkan gambar-gambar yang tak seberapa ni aja. Banyak gambar kurang cantik sebab kamera ummi kamera HP je huhu.

Penyu tu SANGAT besar. Ikan pari gergasi paling ummi suka.

(^_^)

Malam tu kami jemput keluarga abang long berbuka puasa di rumah. Ummi cuma buat koktel. Nasi Arab dan Nasi Mandhi pun beli dekat restoran hehe. Kuih muih jiran sebelah beri, jadi memang banyaklah makanan. Itu belum lagi abah beli bihun sup :)

ketika makan
kanak-kanak ni makan berperingkat-peringkat.
* auni siap buat lulur aiskrim

kejap baik kejap gaduh
* suka tengok auni dan aisyah peluk :)

anak2 cahaya mata

Lama juga abang long anak-beranak kat rumah. Kira-kira jam 12 malam baru kami hantar pulang. Balik aja terus kami tidur sebab esok paginya tu nak bertolak balik ke Pasir Mas pula. Kejap aja masa berjalan huhu. Balik kali ni memang kami betul-betul rehat kat rumah, tak sempat balik rumah nenek.

Okey...bersambung episod terakhir pula (^_^) Nantikan...

Shah Alam : Episod 3

18/08/2011
Khamis

Hari ketiga di Shah Alam, pagi tu kami ke KLCC. Awalnya memang keluar awal sebab nak ambil Abang Long sekeluarga di Kedutaan Mesir. Rupa-rupanya kami yang terlebih awal. Mereka sekeluarga tak bertolak lagi hihi. Abah pun ajak ke KLCC sebab dah dekat. Apa lagi, bawa Auni berjalan sakanlah pagi tu.
suka sangat dapat berjalan di KLCC, sambil main puas-puas kat taman permainan tu.
Lama jugalah kami kat sini, sambil menyelam minum air (^_^)


Dah ambil Abang long sekeluarga, kami berjalan-jalan pula ke PKNS, SACC Mall dan Plaza Alam Sentral. Ingatkan dapatlah sepasang dua baju raya, tapi ummi tengok tak banyak pilihan sangat :p Sampai hari ni sebenarnya ummi takde baju raya lagi hehe. Letih sangat jalan-jalan pusing shopping complex tu. Balik rumah memang sakit kaki, lenguh yang teramat. Tidur memang lena sangat lah.

Esok tu, pengembaraan yang laaaagi menarik (^_^) Nantikan episod seterusnya.....

Tuesday, August 23, 2011

Shah Alam : Episod 2

Hari kedua di Shah Alam sangat menyeronokkan sebab petang tu pertama kali dapat berbuka bersama (^_^) Pertama kali bagi abah berbuka sebagai menantu dalam keluarga ummi hehe. Pagi tu kami rehat kat rumah aja. Letih berjalan jauh dari Pasir Mas kelmarin tu masih belum hilang hehe.
belum pandai duduk bersimpuh lagi princess solehah ni :)

belajar Al-Quran dengan nenek
dia bergaya dengan baju baru hadiah dari nenek...

Petang tu lepas zohor, kami membeli belah di Giant. Rupanya Giant tu dah lama jugalah buka, ummi je tak perasan :) Cuma beli baju abah dan hadiah untuk Auni sempena hari lahir dia hihi. Nak balik tu baru perasan ada ruang permainan kanak-kanak dalam tu. Auni memang tak lepaskan peluang lah.

berani betul dia naik benda alah ni dengan Ayah Su dia...

tak suka main benda ni....suka naik gelongsor aja

Malam tu pula, adik-beradik ummi buat kenduri selamat sempena umur Auni 2 tahun :) Sambut awal sebab kebetulan semua adik-beradik ummi ada kat rumah. Cuma Acik Efiq Auni aja takde.

Atok tolong potong kek sekali...

.: Selamat Hari Lahir Princess Solehah kesayangan ummi dan abah :.

bersambung episod seterusnya.....

Sunday, August 21, 2011

Shah Alam : Episod 1

Princess Solehah bersama sepupu

Alhamdulillah, kami bertolak pulang ke Shah Alam kira-kira jam 3.30 petang 16/08/2011 (Selasa) yang lepas. Perjalanan yang panjang namun menyeronokkan (^_^) tapi agak meletihkan juga hehe. Masakan tidak, bersama 3 anak-anak kecil yang pelbagai ragam ni. Biras ummi bersama 2 anak kecilnya ikut sekali sebab biras ummi nak buat visa nak pergi Mesir.

Kami berbuka puasa dalam kereta aja. Masa ni di Merapoh. Singgah sebentar di Petronas Kechau untuk makan nasi. Memang mencabar sebab anak dara ummi nak makan sendiri. Dalam pada tu memang mengamuk juga sebab abah tak bagi dia makan sendiri. Nka mengejar masa pula tu. Dia mengamuk sakanlah hehe.

Sampai di Ampang, jalan jem teruk. Rupa-rupanya ada orang baiki jalan. Lepas hantar kak long anak beranak ke Masjid Negeri, kami terus pecut ke Desa Kemuning. Alhamdulillah, selamat sampai kira-kira jam 1.00 pagi. Hampir 10 jam dalam kereta. Sampai aja, abah terus makan nasi lagi. Borak-borak sampai jam 2.30 pagi juga. Ummi tak tahan terus tidur sebab esok nak bangun sahur. Alhamdulillah, dapat juga bersahur dengan keluarga pagi tu (^_^). Esok paginya, masing-masing tidur lepas Subuh sebab letih yang teramat sangat.

Okey....bersambung episod seterusnya ya :)

* ringkas aja kali ni sebab tiada yang menarik hihi....

kembali bersiaran

Alhamdulillah...
selamat sampai di Pasir Mas kira-kira jam 10.30 malam tadi
InsyaAllah akan kembali bersiaran seperti biasa (^_^)

Tuesday, August 16, 2011

jumpa lagi

Pasir Mas --------------------------------------------------------> Shah Alam


(insyaAllah akan bertolak jam 3.00 petang ini. Doakan segalanya dimudahkan)


* maaf lama tak berblogging sebabnya............................................broadband tak bayar huhu


Jumpa lagi bila ummi bersiaran dari SA ye (^_^)

Friday, August 12, 2011

Silent Reader

acik ocob :> 3 dari kanan

Diam-diam, rupanya Acik Ocob Auni tu silent reader blog Teratak Mawaddah ye... :p
TQ sebab sudi baca coretan dan bebelan akak ni heee...
Tapi tak pernah pun tinggalkan komen (^_^)
Kalau rajin, tinggalkanlah komen ye...kui..kui..kui...

* acik ocob nak ikut kami balik Pasir Mas nanti. Dia pun nak merasa berterawih di Qaryah Ramadhan, kan??

Wordless Friday (2)

~ Sudara Beach Resort ~
Dis/2008

Ada hikmahnya

~ setahun yang lalu ~
(sekadar gambar hiasan)

**************************************
Tak semua yang kita inginkan kita akan dapat dalam hidup ini. Belajarlah untuk menerima hakikat dan redholah atas apa yang terjadi. Pasti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu yang terjadi. Sabar...sabar...sabarlah wahai HATI.

OH, MACAM SAYU AJA BUNYINYA KAN (^_^)...

Untuk makluman kepada semua Sahabat Mawaddah yang dikasihi fillah, kami TAK JADI balik Shah Alam raya ketiga ini. Rupanya abah auni hanya bercuti selama seminggu bermula 26/08/2011 - 03/09/2011 sahaja. Bila dapat tahu je berita tu, abah balik sekolah terus kami duk meja bulat buat rundingan damai - eheh, takdelah. Kami bermusyawarah. Kami adakan SWOT. Lagipula ummi dah batalkan cuti yang ummi ambil 28/08/2011 baru ni. Konon nak bawa cuti tu ke 04/09/2011 lah (kes excited nak beraya Shah Alam) hehe.

ALLAH LEBIH MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK KITA...

Kami akan balik Shah Alam minggu depan (^_^) Alhamdulillah.......................
Minggu depan Kelantan cuti sempena Nuzul Al-Quran (17/08/2011-Rabu). Sekolah abah cuti Rabu&Khamis. (Jumaat memang Kelantan cuti, harap maklum). Jadinya ummi cuma ambil Cuti Rehat hari Khamis tu. Akhirnya, dapat juga nak merasa berpuasa di Shah Alam setelah hampir 3 tahun tak dapat merasa berpuasa bersama keluarga sana. Ini pula pengalaman pertama abah auni nak berpuasa dan berterawih kat sana :p Alhamdulillah...

Balik sana nanti, ummi nak bawa mesin pengadun kek ummi tu :p Kononnya raya tahun ni ummi nak buat kek dan biskut raya. Siap cari semula koleksi resepi dalam folder kat laptop ummi tu. Tapi tak tahulah jadi ke tidak ni nanti biskut raya tu hehe. Sebabnya, ada seorang lagi chef hebat nak bersilat kat dapur tu. Dia memang pantang nampak ummi kat dapur. Kalau dia ada, dia seorang ajalah yang mengusai dapur tu (^_^)

APA KHABAR ORANG SHAH ALAM..............?

Thursday, August 11, 2011

faham tak?

jjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjbfbb b bbbbbbbbbbbbbbbbbbnhnnnnbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb bbbbbbbbbbbbbbb b b b b b b b b b b b bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb bbbbbbbbbbbbbbb b b b b b b b b b b b b b b b b b b b b b b bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb


- anda faham?
- ummi pun tak faham...ini hasil taipan seorang budak perempuan yang berusia 2 tahun masa pagi tadi lepas bangun sahur. (^_*)
- Tarikh : 11.08.2011 @ 6.21am

Wordless Thursday (4)

1 Syawwal 1431h
~ Shah Alam ~

Wednesday, August 10, 2011

Blog Travelling Jepun


BLOG TRAVELLING JEPUN

Ingat lagi tak pasal entry kelmarin?
Teratak Mawaddah diletakkan dalam Kumpulan Jepun
Maka...bermulalah segmen BW ke teman dalam Kumpulan Jepun dulu...


Waaahhh...1 grup dengan Kak Aya.
Jodoh kita ada lah kak (^_^)

Jom kita jenjalan sesama kak aya? hihi.....

MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS

Dianjurkan oleh che-D (^_^)
Klik sini kalau nak turut serta

Mudah aja syarat-syaratnya :
1. Buat satu entry ringkas bertajuk : MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS.
2. Letakkan gambar di atas dalam ruangan entri anda.
3. Salin link entri tersebut ke dalam komen entri ini.
4. Jangan lupa follow sekali blog saya ini. I will follow u.

(semua dah siap....)
jom kita menambah kenalan seramai mungkin :)

Pertama Kali Ni...

Salam 10 Ramadhan 1432h (^_^)

Petang semalam, pertama kalinya dalam bulan Ramadhan ni ummi beli lauk di bazar :) Itu pun ummi pesan pada kawan ofis ni. Sebab masa tu ummi ingat memang dalam peti ais dah habis bahan-bahan mentah untuk dimasak. Sayur, ikan, ayam, daging, udang....semua dah habis kecuali telur.

Jadi, ummi minta tolong kawan ofis ummi belikan Ikan Pari Bakar. Cicah dengan air asam sedapnya. Harganya RM3.50 kalau tak silap. Ummi kirim pati soya (2) dan celok perut+paru (1) hehe. Balik petang semalam rupanya abah dah belikan sayur sawi dan kobis. Pula tu, abah beli pati soya (2) juga. Jadi 4 lah pati soya nak kena habiskan :) Ummi tak masak sayur petang semalam, cumi ummi buat rasam telur je. Jiran sebelah rumah bagi bubur lambuk hari ini. (ummi baru bercadang nak buat bubur lambuk minggu depan...hihi)

* teringin nak buat kek marble yang sangat mudah (^_^) nak tunggu raya ke....buat sekarang agaknya??

Tuesday, August 09, 2011

Staff Paling Muda

Kita tengok apa yang staff paling muda dalam ofis ummi ni buat......
bajet kuat nak tolak 2 almari besi tu :p

Ralit duk belek-belek stapler orang Kewangan...

khusyuk tengok tv sambil makan kuih

"Ummi...tu apa?"
(dah tak ingat cerita apa masa ni...)


* Kamu ketahuan yang auni memang sangat-sangat cerdas (^_^) Boleh bayangkan bila dia masuk ofis ummi??

p/s > staff paling muda ni duk relaks2 aja pun.....

ada harapan

"Ok, abg ada mesyuarat td. Nnt abg beli. Cuti raya abg mula 26 hb hngga 4 hb 9"

~ maknanya...harapan nak balik Shah Alam BAKAL menjadi kenyataan (^_^*). Baru sebentar tadi abah mesej ummi hihi..


kita belah dan bahagi

perjalanan pulang dari Shah Alam-Kubang Kerian
Syawwal 1431h

~ masih belum ada keputusan samada nak balik Shah Alam raya ke-3 ni atau tidak ~
masih berBELAH BAHAGI ni (^_^)
Hajat di hati ummi memang nak balik.
Abah pula sekolah hari Ahad tu.
Tapi sebenarnya abah pun tak pasti dia cuti atau tak hehe.

Memandangkan kerajaan nak bagi bonus,
bolehlah kalau kami nak balik Shah Alam :p
Suka...suka...suka

Doakan agar kami dapat pulang ke Shah Alam raya ke-3 ni ya.

Monday, August 08, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah

klik sini kalau nak join sekali ya
Dianjurkan oleh AA (Anif Abdullah)
~ Tarikh tutup penyertaan : 22 Ogos 2011 ~


Ini pertama kalinya ummi nak join segmen ni. Nak tambah kenalan rakan maya terutamanya yang berkaitan ibubapa ni hehe.

Kata tuan punya blog, tujuan segmen ni diadakan :
Untuk meningkatkan jumlah follower 500 ke bawah sahaja (500 ke atas,sori eh) dan memeriahkan blog korang sempena bulan puasa,kemerdekaan dan lebaran ini dengan tetamu yg hadir.. Tambahan pula, para blogger dapat jugak bertukar-tukar hobi sekaligus merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
Nama : Saida Marlina binti Mohd Mohtar @ Ummu Auni @ Ummi Na
Hobi : memasak, membaca dan melayari internet

Ummi nak tag :

Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara kerajaan

Dipetik dari Berita Harian Online :-

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. "Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. "Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya. Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA


08 Ramadhan 1432h (juadah hari ini)

Ini juadah kami berbuka hari ini (^_^).


( Cendol + kurma + cream puff + buah anggur + buah agar-agar )


Udang goreng berempah
(buat sendiri tepung tu mcm tepung KFC)


Sup Daging Campak
(daging dah tenggelam sebab ummi buat sup banyak, nak hirup sup tu)



Tom Yam ayam
(jiran sebelah rumah yang beri...)


Ummi main campak-campak je bahan sebab memang kekurangan bahan pun huhu. Daun sup, ubi kentang, semuanya takde dalam peti ais. Malas nak singgah kedai runcit beli hehe. Resepi? Sama je macam yang kalian masak hehe....

Ini Tahun Ke-3....

Ini Tahun ke-3...ummi berpuasa di Kelantan.

Maknanya dah 3 tahun ummi tak merasai pengalaman berbuka dan bersahur dengan keluarga di Shah Alam. Rindunya dengan masakan mak. Rindukan bazar di sebelah Billion tu. Rindukan juga suasana bertadarus Al-Quran dengan muslimat Desa Kemuning. Rindu juga dengan keriuhan adik-beradik yang minta macam-macam sewaktu hendak berbuka. Semuanya rindu.....!

Tahun pertama puasa, ummi baru bersalinkan Auni. 8 Ramadhan 1430h. Keluarga Shah Alam datang sini masa ummi bersalin. Sempatlah ummi puasa 6 hari tahun tu. Masa ni masih tak tahu nak beraya mana. Jangkaan awalnya, raya di Shah Alam sebab ikut tarikh asal, ummi dijangka bersalin seminggu selepas raya. Tup-tup, bersalin awal. Tukar plan, raya Kelantan lah.....

Tahun kedua puasa, memang giliran beraya di Shah Alam pula. Tapi ummi tak boleh ambil cuti awal. Banyak cuti dah habis sebab ummi sakit. Jadi, kami balik sehari sebelum raya. Tak sempat juga nak merasa solat terawih di sana huhu, apatah lagi berbuka dan bersahur. Takbir raya pun sama-sama dalam kereta...

Tahun ketiga : tahun ini. Giliran beraya di Kelantan. Sebenarnya, hasrat hati ni nak sangat merasa berbuka dan bersahur serta berterawih di Shah Alam. Tapi apakan daya :( Kelantan-Shah Alam perjalanan yang jauh. 8 jam. Banyak faktor nak kena fikir. Duit, masa, tenaga. Lagipun atuk auni dan keluarga Shah Alam nak datang sini bulan 11. Adik ummi kahwin. Tengok dulu macam mana, tak pasti lagi. Siapa tahu...tiba-tiba ada keajaiban berlaku dengan izin Allah kan?

Tahun depan...? InsyaAllah giliran Shah Alam (^_^)

Wordless Monday (4)

KERJASAMA itu PENTING

=> Pagi ini Princess Solehah telah memberikan KERJASAMA yang sangat baik sekali. 5 STAR untuk anakanda tercinta kerana berkelakuan baik ketika sedang bersahur bersama ummi dan abah. TAHNIAH sayang (^_*)

************************************
KERJASAMA dalam sesebuah rumah tangga itu sangat PENTING bagi memastikaan keharmonian sentiasa wujud. Contohnya :

  1. Isteri selesai memasak, suami tolong membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan
  2. Isteri selesai membasuh pakaian, suami tolong menyidai pakaian yang telah dibasuh
  3. Isteri selesai menyapu rumah, suami tolong mengemas barang-barang yang bersepah
  4. Isteri membasuh bilik mandi, suami membasuh tandas
  5. Suami-isteri sama-sama bergilir-gilir mengajar anak membaca, menulis, mengira dan sebagainya.
  6. Suami-isteri bertadarus bersama dan saling membetulkan bacaan Al-Quran
Oh, alangkah indahnya!!

Apa yang penting? Kerjasama..............!
* terima kasih abang...

Sunday, August 07, 2011

P.A.R.A.H

Masuk hari ni dah 3 hari berturut-turut kepala ummi sakit. Berdenyut-denyut. Berpinar pandangan ni. Asal lepas solat subuh, mesti ummi lelap semula. Itu pun masih rasa sakit lagi. Terpaksalah tahan sakit tu. Mujur hari ni kepala rasa okey sikit. Cuma pagi tadi masa ceramah agama kat ofis, ummi terlelap jua akhirnya. Malu juga bila orang tengok. Tapi memang tak tahan sangat. Tersengguk-sengguk juga ummi huhu.

*******************************
Pagi tadi bersahur dengan kurma+sayur masak air+ikan selar goreng kicap. Alhamdulillah, berjaya hingga hari yang ke-7 kita berpuasa (^_^) Manakala juadah berbuka petang tadi adalah ikan selar bakar cicah air asam+sayur masak air+kurma+pati soya. Seperti biasa...tanpa nasi :p.

*******************************
Tadi solat terawih, ummi masih tersengguk-sengguk lagi. Cuma kali ni tak macam hari pertama-kedua puasa dulu. Kali ni ummi masih mampu mengawalnya. Oh, tiba-tiba rasa rindu untuk bangun tahajjud seperti sebelumnya (v_v)

(kembali menyambung menaip entry ini pada jam 5.13pagi kerana ummi terlelap ketika menaip entry ini malam tadi...huhu) ~ nampak tak keadaan ummi yang teruk sekarang ni...?

Pagi ni sahur dengan pati soya+air kopi barli+ikan selar bakar je. Jangan terlelap waktu sahur ni sudah....hehe. Malam tadi ummi tak sedar terlelap pukul berapa. Tapi yang pasti, masa tahiyyat akhir. Tak sedar bila masa terbaring kat sejadah tu huhu.

Boleh bagi tips untuk hilangkan ngantuk ni tak?? Ummi sangat PARAH sekarang ni...

Saturday, August 06, 2011

Diet eh?

1 Ramadhan...
2 Ramadhan...
3 Ramadhan...
*
*
*
*
*
*
*
6 Ramadhan = hari ini...

Hari ini dah 6 Ramadhan.

Kalau di ofis, seawal jam 4 petang kawan-kawan ofis ummi akan keluar ke bazar untuk membeli juadah berbuka. Macam-macam depa duk beli. Ada ayam percik, sambal sotong, tauhu sumbat, kari kepala ikan, ikan pari bakar, udang galah. Ada juga yang beli kuih tepung pelita, roti jala, akok, kuih keria, puteri berendam dan pelbagai lagi juadah yang sangat menyelerakan. Yang pastinya semua juadah tersebut antara makanan kesukaan ummi.

Namun, sehingga 6 hari dalam Ramadhan ni ummi menghalang diri ummi dari menyentuh makanan-makanan itu huhu. Boleh je ummi nak makan. Cubit sikit cukuplah kan? Siapa yang tak tergoda bila terhidang semua makanan tu depan dia? Angkat tangan!! hehe...Tak ada sesiapa pun yang nampak. Kalau kat rumah tu, waktu abah ke masjid solat terawih, boleh je ummi nak rasa sikit nasi abah. Abah tak nampak. Kalau abah dah nak balik, boleh je ummi betulkan semula kedudukan nasi tu hehe. Tapi, kena ingat. Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan.

Ummi sebenarnya dah janji dengan diri sendiri. Buat permulaan, sepanjang Ramadhan ni ummi takkan sentuh nasi. Ummi cuma akan makan sayur-sayuran dan protein. Ada juga buah-buahan. Pernah dengar Atkins Diet? Haa, cuba seach kat google, pasti jumpa (^_^). Untuk 2 minggu pertama, memang tak boleh sentuh makanan berkarbohidrat pun. Ini untuk mereka yang bisa menahan diri mereka dari sentuh karbohidrat je ye :) Terlalu banyak karbohidrat memang tak bagus ye.

Apa pun, ini bergantung kepada ketahanan tubuh masing-masing. Ummi nak tengok dalam masa sebulan ni dulu. Bukanlah ummi kata ummi takkan sentuh makanan berkarbohidrat selama-lamanya. Cuma ummi nak tengok dalam masa sebulan ni macam mana hehe. Bukan main tibai aje ye...kena ada jadual pemakanan yang betul Senang-senang tengok kat sini.

Alhamdulillah, sepanjang 6 hari mengamalkan Atkins Diet ni, berat ummi kurang 1kg. Okeylah tu. Kalau tiap-tiap minggu kurang 1kg, bermakna hujung bulan ni berat ummi berkurangan 4kg/5kg lah. Bila masa ummi bersenam? Sewaktu solat terawih :) Pastu kena minum air masak banyak ye. Kalau boleh 3liter sehari. Ummi okey je..

Kita tengok esok berapa berat ummi? Maintain atau naik atau kurang?

* tapi, tiap-tiap hari sepanjang Ramadhan ni ummi beli pati soya huhu..

Ihya' Ramadhan di Serambi Mekah

Ihya' Ramadhan di
Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan
1 Ramadhan 1432h - 1 Syawwal 1432h

Jom!!
untuk mengetahui Taqwim induk Ihya' Ramadhan.

* malam tadi tidak berkesempatan nak ke sana huhu

assignment terkini

Selamat bersahur semua.

* ummi update blog laju-laju ni.
Kepada mereka yang tag ummi join contest/GA, insyaAllah ummi akan join sekali tapi ambil masa sikit ya hihi.

Walaupun anda tag ummi di sini, tapi ummi akan join guna sukasuka ya. Harap maklum (^_*)

ummi telah di tag oleh :-

Friday, August 05, 2011

Semalam dan Hari Ini

Bersiaran dari Kubang Kerian (^_^)

Petang semalam hari Khamis, ummi habis kerja pukul 3.30petang. Masuk je rumah cepat-cepat buat puding roti gulung sambil dibantu oleh Imam Teratak Mawaddah (^_~). Resepi tu ummi ambil dari Kak Ummi Kuantan. Memang sedap. Cuma terlebih masak hingga rangup bahagian atas tu heh. Nanti ummi upload gambar puding roti gulung tu.

************************
Malam tadi kami ke Qaryah Ramadhan. Subhanallah, ummi boleh katakan lautan manusia membanjiri Qaryah Ramadhan. Kebetulan petang tu ada program bersama Ustaz Azhar Idrus. Malam tadi kami sampai hampir waktu Isyak. Masuk-masuk je, penuh dengan lautan manusia yang ingin berterawih pada malam itu. Ummi terdengar dari seorang AJK kat situ, dia memaklumkan bahawa malam tadi paling ramai berbanding malam-malam sebelumnya. Ramainya hingga RAMAI yang solat di bahu jalan raya. Ummi nak jalan pun sedikit payah.

************************
Petang ni selepas Jumaat akan balik ke Pasir Mas sekejap. Ramadhan ni tuisyen yang abah buat akan bertukar waktu. Setiap Jumaat dan Sabtu : 3.30 petang hingga 5.45 petang. Lepas tu kami akan balik ke Kubang Kerian semula. Agak terkejar-kejar juga lah....

************************
Najis auni cair dua hari ni. Macam cirit-birit, tapi memang cair dan berwarna kuning. Cairnya tu ummi boleh katakan macam air. Risau juga sebab berat badan auni pun menurun. Ramai kata auni bertambah kurus. Salah makan ke apa ye? Ummi tak pasti nak pergi klinik atau tak.


* hari ni BW dengan hati yang senang dan gembira (^_^)

D'Mawaddah


Dengan sukacitanya kami menjemput anda ke D'Mawaddah
Sempena kedatangan Ramadhan ini, anda boleh dapatkan pelbagai barangan berasaskan madu, habbatus sauda' dan sejadah berenda daripada kami.
Pilihan di tangan anda.
Apa tunggu lagi?

* inilah projek Teratak Mawaddah yang ummi katakan itu. Masih dalam ubahsuai dan nak masukkan barangan Smart Herbs pula selepas ini (^_^)

Wednesday, August 03, 2011

Perihal 3 Ramadhan

Alhamdulillah...selamat menempuh hari yang ke-3 dalam bulan Ramadhan ni.

1) Suami Mithali

Untuk makluman, abah auni tu cuti seminggu (^_^*) Lama kan? Sekolah kerajaan negeri ni tak sama cuti macam sekolah kerajaan persekutuan ya. Nanti bulan 12 pula, sekolah abah tak cuti macam sekolah-sekolah lain. Lagipula abah mengajar Maahad Tahfiz Sains. Ummi sangat seronok bila abah cuti sekolah ni. Rasa lain macam lah sikit. Sebabnya? :-

  1. Balik ofis je rumah dah siap kemas...bersih sebersihnya
  2. Balik ofis je baju kotor dah siap dibasuh dan disidai
  3. Balik ofis je dapur yang tunggang-langgang nampak clean and clear
  4. Balik ofis je mainan auni yang bersepah tersorok kemas dalam kotak
Lagi?

Banyak lagi sampai tak tersebut hehe. Terima kasih abang sebab tolong ina dalam menguruskan hal rumah tangga ni (^_^)

***********************************************
2) Terkejar-kejar

Hari ni ummi sangat terkejar-kejar. Masuk ofis jam 8 pagi tu, terus buat laporan mingguan. Pejabat Negeri nak segera. Dalam waktu yang sama kena kemaskini dulu laporan tu. Dahlah hari ni asyik salah je ummi taip memo huhu. Margin lari pula masa nak print out. Betulkan semula, baiki tulisan, baiki memo, tertinggal abjad lah, itulah...inilah...Fuh! Lepas satu, surat lain pula menyusul. Tapi takpe, bos ummi saaangat baik hati. Dia yang tolong draft surat...hehe. TQ ye kak siti.

**********************************************
3) Anakkku Solehah

Princess Solehah abah dan ummi ni semakin hari memang semakin cerdik dan solehah (^_^). Auni anak pramatang, ummi perasan perkembangan auni agak perlahan berbanding kanak-kanak seusianya. Memang dia agak lambat untuk bercakap. Kalau cakap pun, satu perkataan..dua perkataan..

"ummi, nok air"
"ummi, ni pe?"
"abah alik, horeyy"

Bila ummi sebut A (ajar ABC), auni saje je sebut B. Ummi kata A, dia senyum-senyum kata "B". "A"-"B" "A"-"B" hehe. Seperti sedia maklum, auni ni ulat buku. Dia memang suka membaca. Habis semua buku dalam rak dia punggah, lepas tu dia baca. Kadang-kadang dia ambil Al-Quran ummi, dia baca. Siap berlagu tu. Dan, dia memang suka tolong ummi lipat kain. Kalau ummi dah lipat kain, dia akan ambil baju-baju yang ummi dah lipat terus letak dekat rak baju. Sikit-sikit dia angkut hingga siap semuanya.

********************************************

~ Ya Allah, satukanlah hati-hati kami agar dapat bertaut dengan cintaMu. Suburkan ikatan mahabbah, mawaddah wa rahmah dalam keluarga kami. Semoga kelak kami dapat berkeluarga hingga ke syurgaMU. Ameen..Ya Rabb. ~

kata-kata motivasi

kata-kata motivasi Prof Dr Muhaya
(ummi suka dengar kata-kata Dr Muhaya ni)
(^_^*)

Menu berbuka dan bersahur

Menu semalam :
- pati soya
- keropok lekor (jiran sebelah beri)
- air laici/keladi
- kurma
- ayam goreng 2 ketul

* abah berbuka puasa dan solat terawih di Qaryah Ramadhan
* ummi seperti biasa tak makan nasi (^_^) cuma ratah lauk-lauk sahaja

*************************************************
Sahur pagi tadi :
- sayur masak air
- ayam goreng berempah

* masih berjaya tidak makan nasi. Sebelum makan, ummi minum madu dan kopi kacip fatimah..

- kita tengok berapa lama boleh tahan tak sentuh nasi ni. Ummi jadikan Ustaz Hasrizal ikon ketika berdiet ni hehe. Ustaz berjaya kurangkan beratnya sebanyak lebih kurang 30kg dalam masa 4 bulan....

Wordless Wednesday (2)

Monday, August 01, 2011

- masak & makan -

Alhamdulillah, 1 Ramadhan selamat ditempuh untuk hari ini. Esok bagaimana pula? Kita tunggu dan lihat. Untuk berbuka petang tadi ummi tak masak apa pun. Cuma panaskan tom yam malam tadi dan goreng telur mata kerbau sebiji untuk abah. Ummi kan on diet (^_*). Petang tadi ummi kirim beli pati soya 2 dan kuih cara berlauk RM2 melalui kawan ofis ummi.

Kuih Cara Berlauk = RM2
Pati Soya (2) = RM2
Jumlah yang dibelanjakan untuk hari ini hanya RM4 sahaja.

Malam ni cadangnya nak buat sayur air. Esok tinggal perangatkan aja, tak kelam-kabut sangat. Ikan selar bolehlah digoreng/dibakar esok pagi-pagi. InsyaAllah sempat. Kalau puasa ni, ummi kurang gemar makan masakan yang berlemak macam kari, santan, gulai. Ummi lebih suka buat sup atau tom yam.


* membelek kembali koleksi resepi dalam folder di laptop (^_^)

Memasak itu Ibadah

Memasak itu ibadah (^_^)
Jom kita rebut peluang ini.
Memasak untuk yang tersayang ~ mengeratkan ikatan yang terjalin

* nak masak apa ye?

Wordless Monday (3)

10 Tips Makan di Bulan Ramadhan

terima kasih Mr. Google

  1. Berbuka dengan membaca doa
  2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan atau air yang sedikit manis dan kurma disusuli dengan solat Maghrib
  3. Selepas itu bolehlah makan nasi atau adik-beradik mee (^_^)
  4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak
  5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran
  6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan
  7. Berhenti makan sebelum kenyang
  8. Lebihkan minum air masak/kosong
  9. Selepas solat terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buahan atau jus buah-buahan
  10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan adalah seperti berikut : Nasi putih, roti/ban, oat/nestum, buah-buahan/kurma. Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, hadkan telur dan makanan laut.
"BADAN SIHAT RAMADHAN BERKAT"

Disediakan oleh Klinik Kaunseling Obesiti Pusat Kesihatan, Program Kampus Sejahtera.

* InsyaAllah Ramadhan kali ni ummi nak kawal pemakanan agar lebih sihat dan anggun (^_*). Ummi target nak kurangkan 5kg....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...