:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, May 20, 2009

( kembara KELANTAN-SHAH ALAM 2 )

Pada awalnya, teksi pertama yang kami tahan tidak sanggup menghantar kami ke Shah Alam. Em, kenapa agaknya? Sebab...pakcik driver tu dah tua...ala2 ibarat atuk Ummi Na. Agaknya sebab tu dia tak sanggup nak hantar kami ke Shah Alam. Alhamdulillah, teksi yang kedua sanggup menghantar kami kme Shah Alam setelah dia berbincang dengan Abah Yie. Abah Yie mengatakan teksi ini menggunakan meter. Tambang pun lebih kurang belasan ringgit.

Sepanjang perjalanan, mata Ummi Na tak lepas dari memandang meter teksi tersebut. Dalam hati ni debarannya kencang semacam je. First time naik teksi dengan perjalanan yang agak jauh kiranya, jadi tak pasti berapa bayarannya. Ummi Na asyik berdoa dalam hati agar tambang ni tak semahal yang kami budget. Maklumlah, tak ada pitih...awal bulan katakan. Tak senang duduk Ummi Na dibuatnya, sebab dalam perjalanan pulang tu agak sesak jalan di Petaling Jaya.

Alhamdulillah...syukur kami selamat tiba di Shah Alam, betul-betul di hadapan rumah keluarga Ummi Na dengan bayaran hanya RM20. Selamat duit kami lagi RM10 tu :) Syukur sangat-sangat. Kami sampai di rumah masih pagi lagi, belum pun tiba waktu Solat Jumaat. Alhamdulillah, dapat rehatkan badan seketika. Pagi tu abah tak pergi kerja sebab nak ambil barang-barang adik Ummi Na di UITM Skudai, Johor. Adik Ummi Na yang kedua ni baru sahaja habis pengajian dalam bidang Mechanical Engineering.

Petang tersebut kami bertolak pula ke Tanjong Karang (rumah nenek Ummi Na). Hampir empat bulan kami tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke sana. Kami sampai di Tanjong Karang tepat-tepat masuk waktu Isya'. Lantas kami menunaikan solat jama' ta'khir dan menikmati makan malam yang nenek sediakan.

(udang goreng yang rangup malah membuka selera kami)

(ikan tenggiri masak asam yang dibuat oleh kakak sepupu Ummi Na)

Seronok menikmati suasana kampung ni. Maklumlah, rumah nenek Ummi Na berdekatan dengan sawah padi. Namun, kami tak berkesempatan pergi ke sawah padi kali ni. Keesokan paginya kami berdua menyediakan sarapan iaitu nasi goreng kampung. Begitu juga sebelah tengahari, kami berdua yang memasak. Sedap juga walaupun hanya pakai campak-campak dalam kuali tu :)

(wah, ada bakat nak jadi chef juga Abah Yie ni. Macam nilah baru dikatakan cucu menantu yang soleh hehehe)


(sedapnya masak lemak pucuk ubi ni. Nyum-nyum...)

(berselera sungguh Abah Yie tengahari tu. Siap tambah 3 pinggan lagi)

Setelah menghabiskan masa beberapa jam di kampung, kami bertolak pula ke Shah Alam lebih kurang jam 5.30 petang. Malamnya pula, abang Ummi Na dengan baik hatinya belanja satu keluarga makan sate. Wah, seronok betul orang belanja sate ni :) Sambil menonton RESTU MERTUA (drama yang berjaya meruntun hati Ummi Na), kami menikmati kelazatan Sate Kajang Samuri bersama. Ah, seronoknya bergurau denda bersama mak, abah, adik-adik juga anak-anak sedara dua orang tu.

Keesokan hari, kami bertolak pulang ke Kelantan menaiki bas Sani jam 9 pagi. Rasanya terlalu sekejap masa bersama keluarga di Shah Alam. Entah bila kami akan pulang semula ke Shah Alam. Begitu pantas masa berlalu...sedar tak sedar hujung bulan Mei akan melabuhkan tirai. Rindunya nak pulang ke kampung.......!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...