:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, March 19, 2011

- Kecemasan...kecemasan!! -



Tak kusangka ini yang terjadi...
Walhal bukan ini yang kupinta....
Tapi apakan daya...
Semuanya sudah ditakdirkan...
Aku terima dengan redha....

********************************
Skema je ayat2 atas tu... (^_^)

Pagi-pagi buta tadi (2.30 a.m = 19/03/2011) ummi dimasukkan ke Wad Kecemasan Hospital Pasir Mas. Kenapa dimasukkan? Sebab abah yang membawa (memasukkan) ummi ke sana. Alkisahnya, ummi sakit urat mata sebelah kiri seharian. Malam tadi paling sakit, ummi memang tak boleh tahan. Selalunya, kalau sakit tu ummi akan tutup mata ummi dengan kain tudung. Rasa lega juga. Tapi kali ni tak menjadi. Makin sakit yang teramat sakit. Sampaikan ummi rasa nak cabut biji mata ummi :(

Tengah-tengah sakit mata, perut ummi pula sakit. Aduhai, ujian sungguh. Ummi sampai muntah-muntah 5 kali malam tu. Gastrik ke? Memang sebelum ni ummi ada gastrik. Tapi rasanya, ummi makan ikut waktu. Paling kritikal, ummi sampai terbaring dalam bilik mandi tu huhu. Menangis? Memanglah ummi menangis tak malu...sebab sakit sangat tak boleh tahan.

Ummi siram kepala ummi dengan air. Last-last, abah suruh tukar baju. Abah bawa ke hospital. Ummi malas pada awalnya. Tapi dah abah desak, ummi ikutlah. Jam 2.20 pagi tu abah pecut kereta bawa ummi ke hospital. Sampai je hospital, naik kerusi roda terus duduk atas katil kat wad kecemasan tu. Perut dan mata masih sakit lagi. Nurse tanya itu ini, ummi jawab ala kadar je hehe. Then, bila doktor check, ummi cerita lah serba ringkas sakit ummi. Tapi ummi tak cerita pasal cyst tu sebab ummi rasa memang ummi sakit gastrik je. Doktor suruh nurse bagi ubat kat ummi. Camana? Kena cucuk lah...bukan makan pil ke panadol ke hehe.

Ummi rehat kat situ dalam 2 jam juga. Lega sikitlah perut ummi ni. Sakit mata pun dah kurang. Ummi ajak abah balik. Abah tak nak, sebab dia risau ummi tak baik lagi. Ummi suruh abah tanya doktor juga. Ummi tetap nak balik. Okey, doktor bagi balik. Aii, senangnya kan? Sebelum balik tu, doktor bagi ubat suruh makan. Dengan senang hatinya, ummi balik rumah terus tidur.

Itulah kisah pagi-pagi buta tadi (^_^). Tiba-tiba teringat masa ummi masuk wad dulu. Sadis sungguh lah huhu....

6 comments:

  1. suspen je ummi..hihi..selamat semua insyaAllah..bayt Al-Iman sentiasa doakan..insyaAllah.. ;)

    ReplyDelete
  2. As salam, suspen betul ler ummiNa nie..apa2 pun baik jumpa pakar chek mata yg selalu sakit tueee..

    ReplyDelete
  3. sakit urat mata.. ish ish... better jumpa pakar mata ni...

    ummi auni ni ade masalah cyst ke...?

    ReplyDelete
  4. sedihnya bace=< diuji dengan ujian kesakitan, tp ummi na tetap mempamerkan tulisan ceria walaupun ada unsur saspen..semoga Allah menymbuhkan ummi na.tamao sakit2 dah, kesian auni nanti=( ummi na kena kuat, k=)

    ReplyDelete
  5. ish3... cmne bleh smpai cmtu skali..

    apepn, hrp smuanya ok lah..insyaAllah. klau rasa x ok lg..jgn tggu2.. trus rujuk hosp balik yer..

    :Kbtulan, iklil pn tgah posting kt wad kecemasan kuala kangsar skg.. ^_^

    ReplyDelete
  6. sib baik tak de pepe skrg ya..ummi ckp bab sakit mata ni..itulah yg saya alami skrg.tpi bkn sakit mata tpi kelopak mata membengkak. sbb tu lah skrg saya berblog walking kat hospital putrajaya. dah 6 hari di tahan wad 3B ni..

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...