:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, April 08, 2010

~ percutian singkat (4) ~

Hari keempat...
20/03/2010
Sayonara...huhu, sedihnya nak balik. Tapi TERPAKSA lah balik Kelantan, esoknya dah mula kerja. Cuti pun tak bolehlah nak ambik lama-lama kan? Hehehe. Kalau tak silap Ummi Na, pagi ni kami sarapan nasi goreng. Sambil sarapan tu, sempatlah adik-adik yang lain dukung Auni puas-puas. Tengoklah gambar ni...

Auni bersama Acik Eriz, Acik Ocob, Acik Dana dan Acik Efiq

Macam selalu, ambil gambar ramai-ramai sebelum balik (^_^)


Sebenarnya, kami balik sekali dengan mak dan abah. Kebetulan abah nak ke Kuala Lipis, ada Hari Wilayah Luar Bandar. Najib Tun Razak tu merasmikan majlis berkenaan. Sempatlah menjamu mata tengok gerai-gerai kat sana. Banyak sangat yang dibeli hahaha


Letih betul perjalanan balik Shah Alam kali ni sebab banyak sangat tempat yang kami pergi. Naik Myvi ni agak jimat, memang jimat sangat-sangat pun. Minyak dan tol semua sekali kira-kira RM270. Kalau dari Kelantan terus ke Shah Alam, dan tak singgah mana-mana, rasanya LAGI JIMAT (^_^). Kiranya save budget sangatlah......


** Sayonara Shah Alam. Insya Allah ketemu lagi bulan 8 ni (^_^)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...