:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, April 22, 2010

- MERIAH nye -


Waah, meriahnya!

Apa yang meriah tu? Ha, inilah dia yang MERIAH nye.. KAD MERIAH MYDIN :) hehehe. Petang semalam, balik dari opis Ummi Na singgah Mydin Kubang Kerian buat kad ni. Yelah, sebabnya kami ni kan selalu membeli-belah kat Mydin tu. Jadinya dengan ada kad ni, kiranya bolehlah dapat laaagi murah hihihi. Pastu dapatlah mata, mata tu nanti bila dah sampai masanya bolehlah kita tukar/dapat hadiah lain...ye ke? Iye lah kot hehehe.

Buat kad ni memang sekejap sangat. Dia minta IC, pastu kita isi borang, terus dapat kad tu. Cumanya kena bayar RM12 je lah untuk buat kad ni. Apalagi, dah guna pon kad ni. Petang tadi keluarkan duit gaji, pergilah shopping jap. Cari barang-barang Auni dan barangan dapur, semua sekali habis dalam RM125 lebih kurang gitulah. Pampers Auni sahaja, beli 2. Saiz M 80 keping, jenama Fitti. Lain-lain barang Auni termasuklah nestum, susu dan biskut. Alang-alang dah ke Mydin, belilah terus banyak sikit. Lepas ni dah tak perlu beli lagi, insyaAllah cukup untuk sebulan. Cuma susu tu, memang tak cukup kalau 2 paket yg 1kg tu huhuhu.


~ syoknya gi Mydin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...