:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, April 29, 2010

- Dah 8 bulan -

ciuman untuk our little princess

Alhamdulillah, 29/04/2010 ini genap umur Auni 8 bulan. Princess yang comel lagi manja ni semakin lasak, aktif dan manja sangat-sangat. Mengensot pun dah semakin laju. Pantang nampak barang/mainan/makanan depan mata, laju je mengensot nak capai barang tu. Menangis pun kuat, lagi-lagi kalau lapar.

Eh, cantiknya keronsang ummi ni...(suka benor tengok keronsang ummi, pantang nampak je mesti tangan dia terus pegang keronsang tu)

Auni anak yang baik, tolong ummi betulkan letak duduk keronsang ni (^_^)


Auni ni suka sangat kalau abah agah dia. Ketawa berdekah-dekah. Ummi Na dah tahu sangat, kalau dia garu telinga dia tu maknanya nak tidurlah. Auni suka sangat nak hisap ibu jari kaki orang lain. Dah tak cukup jari kaki dia hisap, kaki sape-sape yang duk kat sebelah Auni mesti dia capai (^_^)

Alhamdulillah, berat Auni dah 6.7kg, namun belum dapat kalahkan berat Nafi 7.6kg hihihi. Takpe2, anak ummi makan banyak pasni, mesti berat tu naik, kan?? Berselera betul kalau makan nasi campur kentang, lobak merah dan ikan bilis hehehe. Kadang-kadang Ummi Na bagi dia makan buah betik, pisang, tembikai dan mangga.

Semoga anak ummi dan abah menjadi anak yang solehah (^_^)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...