:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, May 31, 2012

Sayang Anak dan Suami = Tinggal-Tinggalkan

ummi akan merindui dua orang cinta hati ummi
sob...sob...sob
ummi akan membawa diri dengan rasa berat hati....

anakanda solehah
jangan lupa baca doa sebelum makan dan nak tido ye
suruh abah pasangkan video nasyid bila balik dari sekolah ye
sebelum tido, ingatkan abah gantikan pampers adik tau

minta abah bacakan buku cerita macam selalu ummi bacakan untuk adik tahu
malam-malam kalau terjaga, jangan menangis cari ummi.....tapi sebut "abah...abah....abah"

abang, jaga auni elok-elok ye (^__^)

ummi akan berkursus selama 4 hari di
RISTEC, Port Dickson
04.06.12 ~ 07.06.12

Bila gigi ummi sakit

jarang online sejak kebelakangan ni
sebab
SAKIT GIGI (v__v)
ummi kalau sakit gigi, memang satu kerja pun tak buat
baring je........
Dah 2 hari sakit gigi menyerang...sampai urat2 ditariknya.
Gigi geraham bawah sebelah kiri.
Ummi cuma lumur dengan ubat gigi Dr. Rodzi
Malam tadi baru makan ubat sakit gigi Abdullah (nama ubat gigi tu)
tahan sekejap.
Tapi pagi ni sakit balik huhu....

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday - Edisi Segar

wah...comel kan si Awang ni teguk air dalam botol tu?
Ini jiran sebelah rumah tokmi
Auni agak takut juga dengan si Awang ni hehe

Tuesday, May 29, 2012

Portable VCD / DVD Player

ummi dan abah tengah survey Portable VCD/DVD Player sekarang ni
Jujurnya ummi tak tahu sangat pasal benda alah ni
Jadi, ummi mohon jasa baik sahabat sekalian untuk memberikan cadangan jenama apakah yang bagus dari segi kualiti dan harganya untuk kami pilih (^__^)

* untuk anakanda solehah, apa sahaja ummi abah sanggup buat...........................
semoga ianya memberi manfaat untuk auni ye sayang (^__^)

Monday, May 28, 2012

Kejohanan Bowling PUSPANITA Risda Kelantan Utara

Tarikh : 24.05.2012
Hari : Khamis
Tempat : Bowling Centre, Billion

Julung-julung kalinya PUSPANITA RISDA Kelantan Utara mengadakan 
Kejohanan Bowling ni.
Semua ahli PUSPANITA terlibat. Alhamdulillah, ramai yang bagi sokongan
Kami sampai memang awal, orang pertama tu hihi

Bergamabr dahulu sebelum perlawanan.
Berdiri kanan depan sekali tu Pengerusi PUSPANITA kami
* masing-masing tak sabar nak menunjukkan kehebatan dan bakat yang terpendam tu

 cuba teka ummi yang mana?
Ini pertama kali ummi main boling huhu.
Markah memang jauh ketinggalan berbanding teman-teman yang lain :)

 antara hadiah yang disediakan
walaupun makanan dan minuman, tapi tetap sedap dan berbaloi-baloi hehe

 tengah berbincang dan bersembang tentang perlawanan boling pada hari tersebut

 kira markah tu
ummi dah tahu dah....ummi nombor 4 terakhir haha.

 apa pun, memang enjoy dengan sukan boling ni
satu pengalaman yang menyeronokkan di samping dapat mengeratkan ukhuwwah antara ahli dan menghilangkan stress hehe

anda pandai main bowling?



Sunday, May 27, 2012

2nd Anniversary Giveaway ieyza afieyna

jom ramai-ramai kita memeriahkan GA ini (^__^)
KLIK SINI untuk turut serta

ummi tag :



Tudung Murah Collections GIVEAWAY


ummi telah di tag oleh Kak Zefa bagi Giveaway ini.
Jom kita sama-sama memeriahkan Tudung Murah Collections GIVEAWAY ni (^__^)

ummi tag :

dan kalian juga boleh sertainya sekali.....

Pemain Bowling Kebangsaan


ada gaya pemain bowling kebangsaan ke? (^__^)

ceritanya.....akan menyusul kemudian hehe


Wednesday, May 23, 2012

Hadiah dari ummi-ummi yang hebat

Alhamdulillah...rezeki Teratak Mawaddah sejak kebelakangan ni (^__^)
Semalam ummi menerima hadiah dari Ummu Muhammad

sangat comel...ummi suka dan tentunya anakanda solehah kami laaaagi suka

 ole-ole makanan sunnah dalam plastik tu belum sempat bagi auni dan abah rasa :)


Hari ini pula ummi menerima hadiah dari Ummi Iman

 Fridge Magnet yang sangat comel


Terima kasih ya Ummu Muhammad dan Ummi Iman (^__^)
semoga ikatan ukhuwwah di alam maya ini kekal hingga ke syurga


Wordless Wednesday - Edisi Ikan Kembong Masak Sambal

ummi masak sekali dengan masak Kebab Sri Mawaddah baru-baru ini

"ini adik punyo" tak sabar nak makan dia tu hehehe

* memasak itu satu ibadah (^__^)

Monday, May 21, 2012

Kebab Sri Mawaddah

mood : lepas geram dengan membuat kebab

Dah lama terliur nak mengidam nak makan kebab sebenarnya. Dek kerana tuntutan nafsu makan yang membuak-buak, ummi gagahkan diri juga bersilat di dapur petang tadi walaupun badan ni rasa letih yang melampau. Kebetulan abah puasa sunat, jadi ummi buat kebab ni khas untuk kekanda tersayang (^__^)

 pembantu chef yang taat setia di dapur hihi
(dia tak sabar nak makan kebab tu sebenarnya)

 satu untuk abah
satu untuk ummi
satu untuk auni
Semuanya ada tiga....

Kebab Sri Mawaddah
(ayam kisar, bawang besar, tomato, lada hitam, serbuk oregano, serbuk paprika, garam, gula, serbuk perasa Kohilal, minyak zaitun)
(curahkan sos cili + mayonis + Thousand Island)
jangan lupa letak salad


Segmen : Imbau Kenangan Saat Sah Jadi Miliknya

jom ramai-ramai kita join segmen yang dianjurkan oleh izan mama mia ni (^_^)



"Perkenalan ummi dan abah auni bermula semasa kami menuntut di UIAM kira-kira 8 tahun yang lalu. Ummi dan abah auni dalam satu persatuan dahulu, namun kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Sehinggalah, pada suatu hari di mana ia menjadikan titik permulaan dalam perhubungan kami. Ketika tu, hujan rintik-rintik. Ummi dan beberapa orang kawan menunggu kereta kawan yang akan menjemput kami untuk ke rumah seorang warga emas.

Rupa-rupanya abah auni yang menjemput kami. Dalam kereta ummi tak bercakap langsung walhal ummi duduk depan yakni di sebelah abah auni. 4 orang rakan ummi duduk di bahagian belakang. Cuma ummi ingat, satu soalan je yang abah auni keluarkan "Sejuk ke? Tak boleh kena air-cond?" hehehe. Sambil tergagap dan mungkin gugup, ummi hanya menggelengkan kepala.

Sejak kejadian itu, barulah ummi tahu sedikit-sebanyak perihal abah auni ni. Rupanya salah seorang AJK Kebajikan yang agak terkenal dalam persatuan juga. Ummi yang tak terperasan. Sehinggalah pada suatu hari, ummi menerima mesej daripada abah auni yang menyatakan hasratnya untuk menjadikan ummi suri di hatinya (^_*) Sebelum tu ummi sedang Solat Dhuha.

Alhamdulillah, berkat doa restu kedua belah pihak, kami mengikat tali pertunangan pada bulan Ogos 2008 sebelum disatukan dalam ikatan pernikahan pada 20 Disember 2008. Kami bahagia sehingga kini di kala usia pernikahan menginjak ke-4 tahun dan teratak kami diserikan dengan keletah manja puteri tunggal (setakat ini) yang bernama Auni Nafeesa, 3 tahun.

Semoga kami terus bercinta dan berkeluarga hingga ke syurga.


Cinta High Class - Akhirnya kumiliki (^__^)

 Alhamdulillah.
Barang kiriman ummi selamat terima hari ini :)

*

*

*
 
Siap ada tanda tangan Pasangan Novelis ni ...suka..suka..suka

Security check di Facebook

dah 3 hari ummi menghadapi masalah ini. Ummi nak log in akaun facebook Puspnita opis ummi. Namun ini yang keluar :

 Okey, pastu ummi pun masukkan no. hp ummi.
tapi tak dapat pula mesej dari facebook.
adalah 3-4 kali ummi klik situ sambil masukkan no hp.

sampai akhirnya ini yang fb bagi kat ummi :

*

*

ummi nak buat macam mana ye?
pertama kali jadi macam ni huhu

ada siapa tahu apa yang terjadi ye? ummi nak buat apa lepas ni?


Sunday, May 20, 2012

UPDATE : MISI MENCAPAI BERAT BADAN IDEAL

20/04/2012 ~ 20/05/2012

Alhamdulillah.
Sudah sebulan.
Namun sedikit terlencong hari ini kerana MALAM INI ummi telah makan 
seketul ayam Eddlee + segelas milo ais (^_~)

Ramai yang tanya dah turun berapa kilo?
Anda agak berapa?
Ummi tak timbang pun lagi dan tak nak timbang hehe.
Biarlah dulu hingga misi ini berjaya.

Okey, jom kita singgah SINI dan SINI untuk ketahui pelbagai tips diet cara Rasulullah yang sangat menarik untuk kita amalkan.


pssst : Kak Zefa kita pun tengah mengamalkan diet sekarang ni. Anda bila lagi? (^__^)



Saturday, May 19, 2012

Final Piala FA 2012 - Gomo Kelate Gomo

 Siapakah yang akan membawa pulang piala berprestrij ini?
Kelantan atau Sime Darby?
Menjanjikan perlawanan yang menarik....

 hari ini kita RAJA - penyokong The Red Warriors membanjiri KL

ya, ummi terpaksa mengakui bahawa semangat penyokong Kelate ni luar biasa
Asal Kelantan lawan, memang penyokongnya....fuh semangat!
Tak ada lagi penyokong negeri lain yang ummi tengok semangatnya luar biasa seperti ini. Penuh stadium dengan gelombang merah!

~ malam ini ummi terpaksa meraikan negeri abah sebab berjaya masuk final. Namun, kalau Kelantan lawan Selangor, sudah semestinya Selangor itulah pujaan hatiku hehe

update : TAHNIAH KELATE atas kemenangan 1-0 ke atas Sime Darby. 
Kelate berjaya membawa pulang Piala FA 2012 (^__^)
Sesaklah jalan ke Pantai Timur hari ni hehehe
mujur esok cuti...


Calon Menantu Tan Sri?

Calon menantu tan sri?
Mungkin ini boleh membantu anda hehe
KLIK SINI ye (^__^)

* agak-agak....tercalon ke sebagai calon menantu tan sri tu ye?

Sunan Musafir - Penutup Epik Lengkap Laksamana Sunan


Anda peminat setia karya Ramlee Awang Murshid? Ummi merupakan salah satu peminat novelis ini. Ummi cukup suka dengan karya yang dihasilkan oleh RAM ni. Malah boleh dikatakan ummi memang mempunyai hampir kesemua novel beliau. Antara novel yang ummi tidak pernah tak beli ialah semua episod Laksamana Sunan @ Saifuddin.

Ingin ketahui episod terakhir kisah laksamana ni? Anda boleh ketahui kisahnya dalam novel terbaru karangan RAM yang bertajuk SUNAN MUSAFIR. Namun, novel ini masih belum berada di pasaran ye. InsyaAllah novel ini akan menjengah pasaran penghujung bulan Mei ini. Hanya cetakan terhad telah dibuat oleh penerbit khas untuk Pesta Buku Antarabangsa yang lalu. Anda boleh juga membuat tempahan awal untuk mendapatkan novel terbaru ini melalui RAMFC. KLIK SINI untuk membuat tempahan ye.

insyaAllah ummi nak beli (^__^)


Friday, May 18, 2012

Pertandingan Status FB Terbaik : anjuran Ustazah Siti Khadijah : Memori Didenda Cikgu

entry melekat sehingga 18.05.2012
Sila ke bawah untuk entry terkini


jom kita ramai-ramai sertai pertandingan yang dianjurkan oleh Ustazah Siti Khadijah (^__^)
KLIK SINI untuk join.

- Terbuka kepada semua pengguna FB
- Tarikh mula : 16 Mei 2012 (sempena Hari Guru 2012)
- Tarikh tutup : 19 Mei 2012 (Sabtu, 12.00 pagi waktu Malaysia)
- Tarikh umum pemenang : 21 Mei 2012 (Isnin, jam 10.00 pagi waktu Malaysia)
- Hadiah : 10 pemenang status terbaik menerima hadiah wang tunai RM50.00

Apa tunggu lagi? Jom.....


Gelagat di Mydin


Lewat petang tadi ummi ke Mydin Kubang Kerian nak mencari barang-barang dapur. Ramainya orang. Ingatkan ramai pergi KL sebab esok perlawanan Piala FA kan. Ternyata ummi silap. Penuh kereta kat luar Mydin tu. Masuk dalam, lagi penuh dengan orang ramai. Tengok di kaunter bayaran, mak aii?? Lautan manusia membanjiri kaunter bayaran hehe.

Bukan itu yang ummi nak cerita sebenarnya. Ummi cuma nak kongsikan gelagat orang ramai di Mydin ni.

Disebabkan barang yang ummi beli ngam-ngam 10 barang je, ummi layaklah beratur di Kaunter Ekspress. Ummi pun beraturlah dengan sabarnya walaupun terpaksa juga menunggu hampir 20 minit untuk membuat bayaran. Ummi dah perasan ada seorang lelaki ni pegang 3 barang di tangannya. Barangan bayi lah kiranya. Dia mundar-mandir berhampiran ummi. Dalam fikiran ummi, mesti dia nak potong barisan atau nak suruh orang tolong bayarkan. Ummi buat tak tahu sambil melayan mesej abah (^__^) Ummi tak pandang pun kat lelaki tadi tu.

Memang betul sangkaan ummi. Tak lama tu, lelaki tadi tegur adik yang beratur di hadapan ummi. "Dik, boleh tak tolong bayarkan barang ni? Boleh ye?". Alamak, muka adik di hadapan ummi tu dah berubah. Dia pun serba-salah ummi tengok. Kawan adik tu tak perasan. Adik depan ummi tu tak cakap apa. "Bolehlah ye? Tiga barang ni aja," lelaki tadi terus masukkan barang-barang tu dalam bakul adik di hadapan ummi. Lepas tu dia hulurkan duit. "Takpelah, encik tunggu kat depan lah" kata adik tu perlahan. Geramnya ummi!! Dush--dush--dush...hahaha.

Giliran ummi nak bayar. Ummi kaunter 19. Ada satu keluarga ni di kaunter 18, giliran dia juga nak bayar. Wah, ni bukan 10 barang ke bawah. 

Pelanggan : "Maaflah ye, saya tak perasan kaunter ni Kaunter Ekspress. Beratur lama dah, sampai sini baru tahu ini Kaunter Ekspress"
Cashier : Eh, takkan encik tak tahu. Dah tulis kat sini dah.
Pelanggan : Saya bukan tak tahu baca, tapi memang saya tak perasan pun. Alah, bukannya payah, saya juga yang bayar semua barang ni. Boleh kan? Anak saya bayar sikit, saya bayar sikit, isteri saya bayar sikit. Okeylah tu...
Cashier : Marah orang kat belakang tu nanti...
Pelanggan : Tak adanya nak marah.
Cashier : Lagi satu encik, minyak masak ni terhad seorang satu (keluarga) je
Pelanggan : takpelah, lagi satu isteri saya yang bayar

Waaa....geram juga ummi dengar tadi!

Adakah anda pernah mengalami situasi ini ketika di pasaraya? Boleh kongsikan bersama kami.


Thursday, May 17, 2012

Teratak Mawaddah : 16 Mei 2012

 Pagi tadi masuk ofis, terus buka laptop dan buka internet sebentar. Hajat nak siapkan blog Puspanita pejabat ummi. Tiba-tiba tergerak hati nak tengok Teratak Mawaddah.
Paling tinggi mencatat sejarah : 391 Pageviews (16.05.2012)
* nampak macam "jakun" lah pula...padahal orang lain berlambak lagi 500++ hehehe


Penangan Hilangnya Doa Seorang Ibu
Tengok tak cerita tu malam tadi?


ipad untuk anakanda solehah

 canggih anak ummi dan abah ni...dah ada ipad. Ummi baru merancang nak beli ipad...
dwibahasa : arab + english
ada surah, doa, nasyid, dan dilengkapi bacaan ketika solat.

 tak sabar buka hadiah yang ummi dan abah beri..

  eh, apa ni? Besarnya - kata auni dalam hati

ummi : laptop
abah : notebook
auni : ipad

canggih betul anak2 zaman sekarang ye (^__^)


Tiada Duka Yang Abadi


jawapan kepada soalan kecik_boyzz dalam entry Hilangnya Doa Seorang Ibu

*

*



Terima kasih Cik Anon tolong jawabkan (^__^)

* memang sedap lagu ni....ummi jatuh cinta bila dengar buat pertama kali


Ipad Islamik - Surah & Doa

ini hadiah untuk anakanda solehah
kerana berkelakuan baik minggu ini
suka tak?

*

*

*


*


*
eh, tak tunjuk kat auni lagi hehehe



Lirik Kasihnya Ibu - Sharifah Aini


Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia


Wednesday, May 16, 2012

Hilangnya Doa Seorang Ibu

Baru sudah tengok cerita ini di TV9 tadi.






Astaghfirullah...Subhanallah....

Cerita yang dibintangi oleh Lisdawati, Zamarul Hisham, Roy Azman, Maimun Talib dan Watie Elite ini memang benar-benar memberikan keinsafan. Seram-sejuk ummi tengok cerita ni hinggakan air mata mengalir tanpa sedar. Ada beberapa bahagian cerita yang ummi tak sanggup tengok terutama ketika Lisdawati muntah huhu. Seksanya tengok dia menahan derita akibat mulut celuparnya tu.

Namun, doa seorang ibu memang mustajab. Sekalipun anak telah berkali-kali menyakiti hatinya, namun ibu tidak pernah menyimpan sekelumit dendam malah telah memaafkan kesalahan si anak. 

Kesimpulannya, jagalah lidah dan percakapan kita. Jangan suka menghina, memaki dan merendahkan orang lain sesuka hati. Tidak guna kita solat cukup 5 waktu, puasa, bersedekah dan beramal jariah kalau mulut tidak dijaga dan suka menyakitkan hati orang lain.

Peringatan untuk kita semua terutama diri ummi ni (v__v)


* lagu tema : Kasihnya Ibu (Sharifah Aini) sangat meruntun perasaan huhu



Lagi Gambar Anak Fedtri & Anati : Indah Sutera Jannah

keluarga bahagia Fedtri, Anati & Jannah

*

*

*
gambar-gambar Indah Sutera Jannah dibawakan khas oleh

 Subhanallah....ini yang paling ummi suka. So sweet baby atas "para"

 comel macam dalam perut lagi

 klasik....

 Subhanallah.....nak baby juga

Indah Sutera Jannah


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...