:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, May 18, 2012

Gelagat di Mydin


Lewat petang tadi ummi ke Mydin Kubang Kerian nak mencari barang-barang dapur. Ramainya orang. Ingatkan ramai pergi KL sebab esok perlawanan Piala FA kan. Ternyata ummi silap. Penuh kereta kat luar Mydin tu. Masuk dalam, lagi penuh dengan orang ramai. Tengok di kaunter bayaran, mak aii?? Lautan manusia membanjiri kaunter bayaran hehe.

Bukan itu yang ummi nak cerita sebenarnya. Ummi cuma nak kongsikan gelagat orang ramai di Mydin ni.

Disebabkan barang yang ummi beli ngam-ngam 10 barang je, ummi layaklah beratur di Kaunter Ekspress. Ummi pun beraturlah dengan sabarnya walaupun terpaksa juga menunggu hampir 20 minit untuk membuat bayaran. Ummi dah perasan ada seorang lelaki ni pegang 3 barang di tangannya. Barangan bayi lah kiranya. Dia mundar-mandir berhampiran ummi. Dalam fikiran ummi, mesti dia nak potong barisan atau nak suruh orang tolong bayarkan. Ummi buat tak tahu sambil melayan mesej abah (^__^) Ummi tak pandang pun kat lelaki tadi tu.

Memang betul sangkaan ummi. Tak lama tu, lelaki tadi tegur adik yang beratur di hadapan ummi. "Dik, boleh tak tolong bayarkan barang ni? Boleh ye?". Alamak, muka adik di hadapan ummi tu dah berubah. Dia pun serba-salah ummi tengok. Kawan adik tu tak perasan. Adik depan ummi tu tak cakap apa. "Bolehlah ye? Tiga barang ni aja," lelaki tadi terus masukkan barang-barang tu dalam bakul adik di hadapan ummi. Lepas tu dia hulurkan duit. "Takpelah, encik tunggu kat depan lah" kata adik tu perlahan. Geramnya ummi!! Dush--dush--dush...hahaha.

Giliran ummi nak bayar. Ummi kaunter 19. Ada satu keluarga ni di kaunter 18, giliran dia juga nak bayar. Wah, ni bukan 10 barang ke bawah. 

Pelanggan : "Maaflah ye, saya tak perasan kaunter ni Kaunter Ekspress. Beratur lama dah, sampai sini baru tahu ini Kaunter Ekspress"
Cashier : Eh, takkan encik tak tahu. Dah tulis kat sini dah.
Pelanggan : Saya bukan tak tahu baca, tapi memang saya tak perasan pun. Alah, bukannya payah, saya juga yang bayar semua barang ni. Boleh kan? Anak saya bayar sikit, saya bayar sikit, isteri saya bayar sikit. Okeylah tu...
Cashier : Marah orang kat belakang tu nanti...
Pelanggan : Tak adanya nak marah.
Cashier : Lagi satu encik, minyak masak ni terhad seorang satu (keluarga) je
Pelanggan : takpelah, lagi satu isteri saya yang bayar

Waaa....geram juga ummi dengar tadi!

Adakah anda pernah mengalami situasi ini ketika di pasaraya? Boleh kongsikan bersama kami.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...