:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, July 01, 2011

- turun pangkat -

Hari ini 01 Julai 2011

Hari ini ummi turun pangkat :( sob..sob..sob... Sebenarnya, 2 minggu lepas ummi dapat surat daripada Ketua Jabatan ummi. Ummi memang tak sangka yang ummi diturunkan pangkat. Sebelum ni ummi berada pada kedudukan yang selesa. Atas sekali pula tu. Tup tup, turun pangkat. Hati siapa yang tak sedih??

Ummi suka sangat bekerja di sini. Unit lama ummi adalah Produktiviti & Pemasaran, manakala unit baru ummi Perancangan & Program Khas. Dua unit yang sangat berbeza. P&P tu memang unit yang dititikberatkan sangat untuk tahun ni.

* eh...ummi turun pangkat ke turun tingkat? Hehehe...sebenarnya ummi turun 1 tingkat ya. Unit Produktiviti & Pemasaran tingkat atas, manakala Unit Perancangan & Program Khas tingkat bawah. Turun Pangkat tu bersamaan Turun Tingkat (istilah ummi kat ini) (^_^). Naik Pangkat tu bersamaan Naik Tingkat hehe. Jadi, sebelum ni kan ummi duk tingkat atas, hari ni pula ummi kena duduk tingkat bawah. Fahamkan?

Apa pun, selamat maju jaya buat diri ini, Tingkatkan Prestasi Kurangkan Kontroversi!!
~ 01 Julai 2011 sepatutnya ummi kena lapor diri di unit baru. Tapi memandangkan hari ni Kelantan cuti, ummi kena lapor diri hari Ahad ni pula lah jawabnya...


7 comments:

  1. Congratezzzzzz.....work hard to good money :-)

    ReplyDelete
  2. ummi na baguslah turun pangkat..kurang letih mendaki ;)

    ReplyDelete
  3. Selamat bertugas di unit baru.. saspen jer tajuk n3 ummi na.. hehe..

    ReplyDelete
  4. ishh suspens tadi. apa pun Tahniah ye! moga rajin kerja,jgn mcm kak aya ni..

    ReplyDelete
  5. lagi best...tak yah naik tgga dah pasni..xpenat..=)

    ReplyDelete
  6. terima kasih semua :)

    * tapi tangga itulah yang banyak berjasa..sebab dengan naik tangga turun tangga lah ummi bersenam kat opis hehe...pasni dah tak boleh naik turung tangga sgt sbb takde kaitan sgt tingkat 2 dan tingkat 3 huhu

    ReplyDelete
  7. Alololo ummi ni wat suspen je.. Ingat btoi2 turun pangkat td.. Hikhikhik

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...