:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, July 03, 2011

- Rongak -

Sudah bertahun lama kita bersama...
Sehati sejiwa serasi bercinta...
Tapi kini apakan daya...
Dikau rongak aku kecewa... :(

Memang...jujur ummi kecewa sangat bila tengok kesayangan ummi rongak! Nak menangis pun ada. Sedih sangat rasanya. Hati ni macam disiat-siat, pedih!! Tapi ummi kenalah sabar kan?

Err..apa yang rongak? Nak tahu apa yang rongak?

Tu dia.....

*

*

*
cuba tengok betul-betul.....


jelas kan?
Kesayangan ummi dah rongak huhu. Bukan satu atau dua, tapi 17 butang keyboard laptop ummi dah dirongakkan.
Oleh siapa?
Kura-kura dalam perahu...tak payah tanya, mesti dah tahu (^_^)

tu haaaaa.....
Princess Solehah Teratak Mawaddah inilah orangnya.


Hajat di hati nak tukar keyboard baru. Tahu berapa harganya masa ummi survey kat kedai? RM180 gitulah. Dulu abah pernah tanya nak tukar baru tak, tapi ummi kata biar dululah sebab ummi masih boleh guna. Ummi dah hafal butang keyboard tu pun. Mana D, C, 5, M, J, Page Down, Alt dan beberapa butang keyboard.

Nampak gayanya, esok lusa kena tukar dah ni. Nazak sangat rasanya. 17 butang rongak!

4 comments:

  1. hmm auni ni kreatif orangnya...sabar ye Ummi...rongak boleh dapatkan gigi baru he he.

    ReplyDelete
  2. lorr ingat gigi sapelah..auniii memang solehah!

    ReplyDelete
  3. laa..ingat auni yang rongak.hehe =P

    Danial pun geram dengan button keyboard tu.nak tekan nak tarik lah.. =)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...