:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, July 21, 2011

Bila suami jadi SURI

memasak ketika awal perkahwinan di rumah nenek Tanjong Karang (^_^)
- masa ummi pregnant 5 bulan -


ini pula ketika di rumah Tokmi Kubang Kerian
- ummi mengandung 6 bulan -

* Gambar2 di atas di ambil ketika tahun 2009


Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab dikurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab. Salah satu sikap baik abah yang wajar ummi bangga adalah abah seorang yang suka menolong ummi membuat kerja rumah. Tengok ajalah gambar di atas tu.

Masa ummi mengandungkan auni (ummi mabuk sampai usia kandungan 5 bulan), abah mesti masak, menyapu rumah, membasuh dan mengemas. Bukan memanjakan diri ummi, tapi memang ummi betul-betul tak boleh bangun waktu tu. Berpinar-pinar je pandangan ni. Sesekali nak bermanja dengan suami, takpe kan? 3 bulan pertama sangat sukar bagi ummi. Kenapa? Sebab kami PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Abah di Timur, ummi pula di Selatan huhu. Setiap 2 minggu abah berulang alik dari KB-N9.

Sampai hari ini pun, kalau ummi letih...abah yang akan memasak. Masak nasi lah tapi hehe. Lauk pauk biasanya beli di gerai depan ofis ummi. "Abang, hari ni ina rasa tak nak masak. Boleh tak?" "Takpe, tak nak masak takpe. Abang tahu ina letih. Kita beli lauk kat kedai. Abang dah masak nasi" - siapa tak suka kalau dapat suami macam ni? Kadang-kadang abah goreng telur. (abah sebenarnya pandai masak, tapi dia tak tunjuk skill nya tu hehe). Tapi, hari RABU memang tak pernah masak sebab hari Rabu Pasar Malam. Biasanya kami beli kat pasar aja pun. Ummi memang tak makan nasi waktu malam.

Bertuah auni dapat abah macam ni kan? (^_*)

Dipendekkan cerita, penyakit ummi datang semula. Sebab itu ummi dah lama tak masak. Penyakit ni kalau datang memang payah ummi jadinya. Kena mujahadah sikit nak lawan. Penyakit apa? Penyakit MALAS = M.A.L.A.S

Sekian, terima kasih sebab sudi baca entry ummi ni....

10 comments:

  1. kak ummi..ayah saya selalu masak kat rumah..dari saya kecik lagi..mak cakap..aya since dia bujang lagi dia memamg suka masak..kadang2 kalau kiteorg balik kampung..ayah siap2 masak untuk kiteorg..tapi takdelah mak tak masak langsung.. ayah dia suka chinese style masak..masakan melayu dia tak berapa suka cam masak lemak ke..mesak merah ke.. yg masak lemak sebab pakai santan..ayah tak suka masakan yg berlemak..tapi ada jugak makanan melayu ayah makan.. ayah kalau masak mesti nampak fresh terutama sayur..ayah dia main bantai je masak ape..paling best ikan steam, steamboat..macam2 la ayah masak..sedap2..nasi goreng sate ayam ayah perrgghh..sangat sedap..
    masa kecik2 dulu selalu ayah sediakan bekal gi sekolah.. ayah selalu buat roti ada madu pastu ayah tabur milo atas madu tu..pastu bawak air milo gi sekolah..masa tu darjah 1..kena bawak air sendiri sebab ayah tak bagi minum air kat kantin..ayah cakap air kat kantin tak masak dia pakai air paip..hehe

    ReplyDelete
  2. bertuahnya mawaddah..semoga kekal bersama suami hingga keakhir hayat..

    ReplyDelete
  3. wahhh beruntungnya badan ummi Na ni....suami kak aya rajin masak dulu-dulu tapi sekarang ni tak ada lagi dah hu hu

    ReplyDelete
  4. bestnya suami pandai masak hihihihi

    ReplyDelete
  5. seronok kalau suami masak. suka tengok kelam kabut dalam dapur. semoga dalam keredhaan Allah selalu.

    ReplyDelete
  6. Suami Soleh kebanggan ISTERI SOLEHAH (^_^)

    * Mudah-mudahan kita para SURI di hati suami turut sama mendapat ganjaran Allah.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..moga perkahwinan kita bukan pada nafsu sahaja..tapi lebih kepada tanggungjawab.moga Ketua Usrah kita menyedapkan mata..menawan dihati...dan tak rugi dimiliki...insyaallah

    ReplyDelete
  8. Mama Aunie : ameen..mdah-mudahan kak. Semoga kita jugalah bidadari nya di Syurga nanti.

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...