:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, January 29, 2010

- Princess Auni Nafeesa -

- Princess Auni Nafeesa -

Salam sejahtera...

Alhamdulillah, baru sudah makan tengahari dan solat. Hari ni tidur agak lama sedari pagi tadi huhu. Nak men'cover' tidur untuk malam tadi. Dah beberapa hari si 'puteri' tu tak tidur malam. Merengek, bercakap, meniarap, bermain itulah yang si 'puteri' lakukan malam-malam. Maka, secara automatik Ummi Na pun tak dapat tidurlah. Melayan kerenah Auni.

Auni nampak comel sangat2 bila pakai tudung. Jom tengok gambar dia pakai tudung ni...

Ni 'telekung' Cik Ewa, Auni pinjam jap ek?

Nyenyak sungguh tidur dengan tudung Cik Ewa dia tuu..

Gaya tidur yang terkini..

Si puteri bersama ummi tersayang...


** tak sabar nak belikan tudung untuk Princess Auni

Wednesday, January 27, 2010

- oh, banyaknya kerja -


Oh, banyaknya KERJA!!


1) Kertas Kerja Kak Zah untuk bulan 3, 4, 5 belum siap lagi...

2) Taklimat Khas Pengkhususan Kerja Semasa (28/01/2010) jam 2.30 petang...

3) Buat bajet bulanan huhuhu...

4) Rekod Fail di opis...

5) Beli barang keperluan Our Little Princess 'Auni' = susu+pampers+baju (rasanya macam baru beli baju...)

6) Check tiket Air Asia...

Monday, January 25, 2010

- mak budak baru belajar -

Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
kami budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

Pantun di atas amat sesuai untuk kami sekarang ni. Why? Sebenarnya kitorang tengah belajar dengan lebih mendalam tentang Adobe Photoshop ni. Walaupun sebelum-sebelum ini pun dah edit gambar guna Adobe ni, tapi banyak lagi benda baru yang tak tahu. Baru-baru ni ada kursus Adobe di opis, wah...banyaklah benda baru yang Ummi Na dapat. So, ini antara gambar-gambar yang Ummi Na edit...

5 bulan usia Auni. Ketika umur sehari hingga seminggu. Gambar paling besar tu masa usia dia dah 5 bulan...

Sejak ada anak ni, gambar dia ajalah yang nak di edit hehehe. Ilove this picture!

Gambar ni 'kurang' okey, nampak ada yang 'kurang'...

Header blog kami...so sweet, namun perlu dibaiki lagi

Ini header blog abang. YIK-UUM


** baru belajar benda baru dengan adik ipar tadi, pasni boleh applikasikan lagi...

Tuesday, January 19, 2010

> 5 bulan usiaku

Alhamdulillah...

Usia permata hati kami sudah masuk ke-5 bulan :) Pejam celik, sekejap sangat rasanya. Lima bulan bergelar abah dan ummi, bahagia sungguh rasanya. Kelmarin Auni pergi klinik. Berat Auni yang terkini 5.5kg. Okeylah tu dan misi memang berpuas hati dengan berat badan Auni. Cuma kena teruskan bagi susu ibu.

Masa Lahir = 2.1kg
1 bulan = 2.5kg
2 bulan = 3.3kg
3 bulan = 4.3kg
4 bulan = 5.0kg
5 bulan = 5.5 kg

Seronok sangat sebab dapat merasai dan melihat anak membesar di depan mata. Auni dah pandai meniarap, ketawa, mengamuk dan mengajak ummi nya bercerita. Klau lambat bagi susu, mengamuk sungguh dia. Mengamuk sakan orang cakap. Mlam-malam pula lambat tidur. Adakala jam 3-4 pagi baru dia tidur lena. Maka abah dan ummi kenalah berjaga malam melayan kerenah Auni tu.

Betul kata Tok Mah. Auni ni nak bagi ummi pahala yang banyak. Kalau ummi sabar dalam melayan kerenah Auni, maka banyaklah pahala yang Ummi Na dapat. Jika sebaliknya...? Ya Allah, semoga kami suami-isteri sabar dalam melayani kerenah anak kami ini...



Kalau menangis dah tak 'kaba' orang klate cakap


Yeeehaaa! sukanya 'saya' ni hehehe

Auni suka sangat senyum cenggini...


Monyok je tu...mood tak berapa baik sebab nak kena cucuk kot..

Apalah yang Auni tengok tu?


** Auni dah kenal suara orang di kelilingnya terutama suara UMMI NA yeeee..!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...