:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, January 19, 2010

> 5 bulan usiaku

Alhamdulillah...

Usia permata hati kami sudah masuk ke-5 bulan :) Pejam celik, sekejap sangat rasanya. Lima bulan bergelar abah dan ummi, bahagia sungguh rasanya. Kelmarin Auni pergi klinik. Berat Auni yang terkini 5.5kg. Okeylah tu dan misi memang berpuas hati dengan berat badan Auni. Cuma kena teruskan bagi susu ibu.

Masa Lahir = 2.1kg
1 bulan = 2.5kg
2 bulan = 3.3kg
3 bulan = 4.3kg
4 bulan = 5.0kg
5 bulan = 5.5 kg

Seronok sangat sebab dapat merasai dan melihat anak membesar di depan mata. Auni dah pandai meniarap, ketawa, mengamuk dan mengajak ummi nya bercerita. Klau lambat bagi susu, mengamuk sungguh dia. Mengamuk sakan orang cakap. Mlam-malam pula lambat tidur. Adakala jam 3-4 pagi baru dia tidur lena. Maka abah dan ummi kenalah berjaga malam melayan kerenah Auni tu.

Betul kata Tok Mah. Auni ni nak bagi ummi pahala yang banyak. Kalau ummi sabar dalam melayan kerenah Auni, maka banyaklah pahala yang Ummi Na dapat. Jika sebaliknya...? Ya Allah, semoga kami suami-isteri sabar dalam melayani kerenah anak kami ini...



Kalau menangis dah tak 'kaba' orang klate cakap


Yeeehaaa! sukanya 'saya' ni hehehe

Auni suka sangat senyum cenggini...


Monyok je tu...mood tak berapa baik sebab nak kena cucuk kot..

Apalah yang Auni tengok tu?


** Auni dah kenal suara orang di kelilingnya terutama suara UMMI NA yeeee..!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...