:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, April 27, 2012

Update : Nasi Ayam TM

 Nasi Ayam TM

Sekitar jam 10.30 pagi ummi dah bersilat di dapur nak buat Nasi Ayam TM ni hehe



Seperti yang dijanjikan, inilah resepi Nasi Ayam TM yang ummi bawakan khas untuk anda (^__^) :-

Cara nak buat nasi (resepi kakak sedare ummi)
- 5 cawan beras (ummi guna beras biasa je...)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 labu bawang besar (dimayang)
- 2 cm halia @ sebesar ibu jari (dicincang halus)
- kulit kayu manis dan bunga cengkih
- 1 kiub ayam
- 2 @ 3 sb planta
- air secukupnya

1- Tumis bawang putih, halia, bawang besar, kulit kayu manis dan bunga cengkih dengan planta. Ummi tumis atas kuali dahulu.
2- Bila dah naik bau, masukkan beras yang sudah dibasuh tadi dan goreng sebentar.
3- Masukkan ke dalam periuk nasi pula beserta air secukupnya dan masak seperti biasa. Bila air dalam periuk dah mendidih baru masukkan kiub ayam tadi. Boleh juga masukkan sedikit garam ke dalamnya.


Cara nak buat ayam kukus (cara ummi)
- 4 ketul peha ayam yang besar (ummi guna 3 ketul peha dan 2 ketul dada ayam)
- 1 sb minyak zaitun
- 1 sk lada hitam (ditumbuk)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 2 cm halia (ditumbuk lumat)
- 1 sk garam
- 1sb gula
- 2 sb madu

1- Lumur ayam dengan semua bahan di atas. Perap sekurang-kurangnya 1 jam. (Ummi perap hampir 3 jam, dan ayam tu ummi kelar-kelar sedikit)
2- Lapikkan pengukus dengan aluminium foil.
3- Masukkan ayam dalam pengukus dan kukus lebih kurang 1 jam @ sampai masak. Api sederhana, tidak perlu kuat.


Cara nak buat sambal
- 6 @ 7 biji cili merah
- 2 biji tomato
- 1 @ 2 biji cili api (nak bagi lebih pedas)
- 2 ulas bawang putih

1- Kisar semua bahan di atas.
2- Masukkan ke dalam periuk dan masak sebentar dengan api perlahan.
3- Perasakan dengan sedikit garam, gula dan serbuk Kohilal



Hidangkan bersama salad dan tomato. Sedap!!
Untuk sup, ummi tidak masukkan ayam....tetapi ummi cuma masukkan kentang dan lobak merah serta kiub ayam Knorr. Juga tidak dilupakan sup bunjut adabi hehehe



No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...