:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, October 30, 2011

Ikan Selar Goreng Berempah

Malam ni lauk sangat simple tetapi menyelerakan
Ikan Selar Goreng Berempah

Ummi guna lebihan tepung berempah yang digunakan masa menggoreng ayam minggu lepas. Tepung berempah ni ummi buat sendiri. Memang sedap dan mudah. Jom tengok bahan-bahan nak buat tepung berempah ni :

Bahan-bahan
- 3 sudu besar tepung gandum (ummi guna sudu makan tom yam)
- 1 sudu besar serbuk kari ikan
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil lada hitam *
- 1 sudu kecil ketumbar *
- 1 sudu kecil jintan manis *
- 1 sudu kecil jintan kasar *
- 1 sudu kecil garam

Cara-caranya :
  1. tumbuk atau kisar halus bahan-bahan bertanda (*)
  2. Gaul sebati bersama tepung gandum, serbuk kari, serbuk kunyit dan garam.
  3. Boleh juga nak tambah 1 sudu kecil serbuk perasa (ummi guna Kohilal - dijamin halal)
  4. Siap dan boleh dilumur atas ikan kemudian digoreng (^_^)

rasa hot and spicy serta crispy :p

- untuk tepung berempah ni, ummi dapat gunakan untuk 3 ketul dada ayam yang besar dan 2 ekor ikan selar besar.
- cara yang ummi guna, masukkan ikan/ayam ke dalam plastik yang diletak tepung berempah dahulu. Kemudian goncang-goncangkan plastik tersebut agar tepung tadi mesra sebati dengan ikan/ayam hehe. Ummi tak guna tangan sebab nanti tak rata.

(terpulang kepada citarasa masing-masing untuk lebihkan atau kurangkan sukatan bahan-bahan di atas ya)

2 comments:

  1. ehmm, nampak sedap walaupun simple..boleh lah cuba ni.tq:)

    ReplyDelete
  2. silakan kak :) memang simple dan mudah aja nak buat....

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...