:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, March 07, 2010

Pantai Irama (ii)


Alhamdulillah…

Seronok sangat rasanya. Kenapa ye? Petang semalam kami ke pantai lagi hihihi. Pantai Irama aja, dekat sikit dengan rumah. Saje jalan-jalan bawa Auni dan adik ipar ke sana. Bertolak dari rumah pun dah leawat, lebih kurang jam 5.30 petang. Sampai sana setengah jam kemudian. Mujur tak ramai pengunjung kat pantai tu, maklumlah kan bukan cuti sekolah. Jadinya, tak lah sesak sangat macam cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni.


Auni mula-mula tu okeylah duduk diam dalam kereta. Tapi boleh dia tertidur masa dah nak sampai tu. Hehehe, kesian anak ummi. Letih sangat lah tu agaknya. Letih buat apa ye dik?? Dahlah kami lupa nak bawa tikar. Entah kenapa lah boleh lupa sekarang ni…terutamanya orang yang menaip ni huhu. Mujur keropok dan air kami bawa. Kalau tertinggal juga, alamatnya 'makan angin' je lah hihihi.


Auni seronok sangat masa abah dia cecahkan kaki Auni kat gigi air tu. Wah…ketawa terbahak-bahak lagi tu. Tapi yang lucunya, lepas dah cecahkan kaki dia tu, dia menangis lah pulak… Sejuk kot?? Dahlah Ummi Na lupa nak pakaikan stoking kaki dia huhu. Kesian anak ummi. Kalau dia dah menangis, memang susahlah nak berposing sakan. Pandang kamera pon tak nak. Ubatnya? Susu botol lah……hehehe.


Jom tengok gambar-gambar ni…!!

Sampai meleleh air liur anak ummi ni...
(mata auni macam kecik sebelah..perasan tak?)

Anak ummi tertidur..walhal dah sampai tu


Kenangan indah kita bertiga...

Sungguh bergaya ummi amik gambar ni...

Sedia..1..2...3

Cejuknya caya...(sejuknya saya)

Auni malu nak pandang kamera hihi

Dah mula nak nangis la ni...

Moksu makan keropok, auni minum susu...

caye cuke num cucu...
(apa punya bahasa ni...)

Ummi ni....

Saturday, March 06, 2010

- Shah Alam -

Salam...

I'm come back!! Hehehe..

1- Sedang berehat sambil melayan Social City dan update blog Auni selepas masak tom yam. Hari ni insyaAllah kami nak pergi Pantai Irama sekali lagi. Ha, petang ni bersama adik ipar bongsu pula. Waaahh, seronoknya dapat angin pantai lagi (^_^) rasa nak rendam-rendam kaki lah kat pantai nanti.

2. InsyaAllah, akan pulang ke Shah Alam 17-20 Mac ni. Tak sabar nak jumpa familyku yang tercinta huhuhu. Rasa cam lama je tak balik kampung (sekarang ni dah boleh sebut kampung hehehe). Hampir 3 bulan. Nak balik sebulan sekali pon, mana boleh. Kenalah berjimat cermat, kan?

3. Raya tahun ni, insyaAllah kami akan beraya di Shah Alam. (aisey, lambat lagi nak raya lah...pose pun belum lagi..!!) Itu maknanya, Ummi Na memang sangat tak sabar nak balik Shah Alam. Semestinya family sana seronok sangat raya tahun ni, sebab dapat beraya bersama Auni (cucu sulung my parents) Bagi Auni duit raya banyak ye acik-acik semua hehehe.

Okey, saje nak sebut Shah Alam hari ni....sebabnya ada orang tu kangen banget sama Shah Alamnya tu...hehehe.

~ Coming soon, my brother's bestday (09/03)

Wednesday, March 03, 2010

- Oh, kerja... -


02:45 ptg
Rabu
Dalam opis.................

Salam to all of you.

Alhamdulillah, baru selesai menyiapkan slide untuk bos. Esok ada mesyuarat, banyak sangat kerja yang nak disiapkan huhu. Banyak kerja, tak kisah. Tapi yang Ummi Na KISAH adalah, kalau kerja yang sepatutnya boleh siap awal tu menjadi lambat. Aduhai, tension..tension.. Mujur tak kena mara h (sekarang ni...) tapi tak tahulah lepas ni camana. Harap-harap tak ada.

Lupakanlah..bukan ini yang Ummi Na nak cerita. Cerita sebenarnya adalah, berat permata kami ni dah 6kg sekarang ni. Alhamdulillah, namun belum dapat mengatasi Nafi' lagi hehehe. Nafi' dah 6.5kg. Anak sedare yang seorang tu memang semangat badannya tu hihihi. Comel! Geram sungguh Ummi Na tengok.

Kakak yang penyayang, tapi suka 'kacau' adik. Tengok tu, dia picit hidung adik Nafi', habis penyek lah hidung tu nanti hehehe


* belum habis baca buku Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah huhuhu..banyak keje opis (alasan...alasan)

Monday, March 01, 2010

weight

Huhuhu.

Makan tablet NR (nona roguy) + sakit perut = melabur

Anda faham formula di atas? Hehehe. Buat-buat faham ajalah. Dah 2 tablet NR dia makan. Dia ambik untuk lawas angin. Kongsi dengan kawan opis, saje nak cuba. Kan ada orang tu nak kurangkan berat badan dia lepas bersalin. Macam-macam produk dah dia guna. Herba HPA, Yusmira, Mustika Ratu dan kini NR. Agak-agak turun ke berat orang tu ye? Sebabnya dia asyik tukar-tukar produk. Pastu kata tak nak makan nasi seminggu, nak ganti dengan oat. Baru sehari, dah tak tahan. Petang tu makan nasi juga walaupun sikit. Hehehe. Tak ada penasihat ni susahlah nak kawal pemakanan. Diet pon macam tak berapa nak betul je huhuhu.

Berat asal : 47kg

Berat semasa kahwin : 54kg

Berat sepanjang mengandung : 63kg

Berat selepas bersalin : 54kg

Berat kini (selepas 6 bulan bersalin) : ??????


** bila dah dapat berat badan ideal, barulah dia akan umumkan.

** Siapakah orang itu? Jawapannya ada pada ANDA!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...