:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, January 31, 2011

- cerita kali ini -

~ anak manja kesayangan mama&baba (^_^) ~
(7 bulan)

Rasa seronok sangat bila Auni panggil ummi...
"maa...maa"
Auni belum pandai sebut perkataan ummi lagi.
Tapi ummi memang rasa seronok dan bahagia bila dia panggil "maa..maa.."
Jelas pula tu hihi. Manja je bila dia panggil mama ni...
Tapi dia panggil abah memang "a...bah"

************************************************
Alhamdulillah...
setelah beberapa hari mencari homestay dalam internet, kami dah dapat sebuah homestay untuk family Shah Alam berehat minggu depan.
Memang besar dan selesa banglo tu. Nanti ummi upload gambar banglo tu ya.
Manalah tahu ada yang berkenan nak sewa kalau datang ke Kelantan ni :)
Tapi...
memang berbaloi-baloi dengan harganya yang cuma RM250/malam.
Tak rugi siapa yang nak menyewa homestay ni.
Tunggu cerita seterusnya....!!

Tuesday, January 25, 2011

- masih seperti ini -

- sekadar gambar hiasan. Tiada kaitan dengan tajuk hihi _
(semoga Auni jadi muslimah solehah ya!)


25/01/2011
8.18 mlm
Rumah Kubang Kerian

Pagi tadi ummi dah hantar borang cuti rehat (^_^) Ummi ambil cuti hari Ahad 06/02/2011 ni. Abah sayangkan cuti rehatnya, itu sebab abah tak ambil cuti hehe. Kenapa ya ummi ambil cuti?

InshaAllah...minggu depan keluarga Shah Alam nak datang rumah Pasir Mas ni :) Adik ummi yang nombor 4 nak bertunang dengan orang Bachok. Nampak gaya, menantu-menantu abah dan mak Shah Alam ni semuanya orang Kelantan kot hihi. Family Shah Alam nak tidur sini 3 malam. Kebetulan Selangor cuti hari Khamis dan Jumaat. Senang sikit...itu pasal ummi ambil cuti hari Ahad tu. Dapatlah hari Sabtu bawa family ummi ronda-ronda Kota Bharu dan Rantau Panjang ke...ummi pun dah lama tak window shopping (^_^)

Alhamdulillah...pening2 dan pitam2 ummi dah kurang sikit. Cuma sekarang ni ummi sakit tekak sangat2. Waktu pagi okey...boleh telan makanan dan minuman. Tapi start petang hingga pagi esoknya...sakit sangat sampaikan nak telan air liur pun sakit. Apatah lagi nak telan makanan dan minuman :( Semua ni ujian untuk ummi. Doakan moga ummi cepat sembuh ya.

** Auni dah sebut "ta-ta" sambil lambaikan tangan bila nak balik atau pergi mana-mana (^_^)

Sunday, January 23, 2011

- pening + nak pitam -

Hari ini hari Ahad...
Minggu lepas hari Ahad...
Ahad lepas - Ahad hari ni...
Sudah seminggu berlalu....
Ummi masih pening + nak pitam

Hari tu jumpa doktor, dia cakap maybe darah merah ummi cair. Oksigen tak sampai kat otak..tu pasal kerap pening + nak pitam. Letak kepala atas bantal je...pandangan ummi kabur. Bilik rasa berpusing-pusing je. Nak angkat kepala pun macam tu juga.

Sakitnya...Hanya Tuhan Yang Tahu :) Biasanya kalau sakit macam ni, tak lama. Sehari dah baik lepas ummi tutup mata ummi dengan kain tudung (x bagi nampak cahaya). Ini masuk seminggu tak baik2 lagi.

Ummi pernah rasa sakit pening + nak pitam macam ni lebih kurang 17 bulan yang lalu (^_^). Sampaikan nak ambil wudhu' pun mertua ummi tolong ummi. Makan pun kena suap sebab tak boleh nak bangun sangat2 :( Berpinar dan berpusing je rasanya huhu.

Err...tahu ke bila masa 17 bulan yang lalu? 17 bulan yang lalu adalah masa Auni dalam kandungan ummi :) Maknanya,...masa tu ummi pregnant hehe.

Adakah ummi pregnant lagi?

Kena check dulu...sebab sebelum-sebelum ni bila check sentiasa negative. Tapi, ada lagi beberapa tanda yang menunjukkan ummi ke arah itu... (pregnant). Itu pasal ummi kena check juga. Agak-agak minggu depan bolehlah nak check. Mana tahu, Teratak Mawaddah bakal dikhabarkan berita gembira lagi...kan? Doakan ya!

** sakit kepala....mak!!!

Saturday, January 22, 2011

- Ketika Cinta Bertasbih -

Novel KCB

Ummi dalam mood tengok Drama Ketika Cinta Bertasbih.
Novel ni dah lama dah baca.
Dalam minggu ni baru berkesempatan tengok drama yang diadaptasi
dari karya Pak Habib.
Sangat seronok tengok drama ni.

Tapi, dalam drama ni ummi paling suka dengan Mbak Husna (adik Ustaz Azzam)
hehehe :*

** ketinggalan sungguh ummi ni...walhal drama ni dah lama orang lain duk download huhu.

Thursday, January 20, 2011

- Sahabat Mawaddah -

Alhamdulillah...
20/01/2011 jam 09.02 malam
Followers Teratak Mawaddah sudah mencapai 40 orang (^_^)
Ummi lebih suka menggelarkan followers di teratak kami dengan nama
"SAHABAT MAWADDAH"

Terima kasih kepada semua yang sering dan pernah berkunjung ke teratak kami.

20/11/2010 - 40 orang sahabat

Ops! Bukan bermaksud mereka yang tidak menjadi followers kami bukan sahabat kami.
Anda tetap sahabat kami walaupun hanya singgah sebentar (^_^)
Oleh itu, kami di Teratak Mawaddah ingin menghadiahkan kalian

*

*

*

*

*
Terima kasih!!

Wednesday, January 19, 2011

- susah tidur? ini jawapannya -

PANDUAN MELATIH ANAK TIDUR
  1. Ajak mereka bermain hanya pada siang hari dan bukannya pada waktu malam...auni siang main, malam pun nak main jugak.
  2. Letakkan anak di tempat tidur apabila sudah mengantuk dan jangan sesekali biarkan dia tidur di atas pangkuan anda, di ruang tamu ataupun di ruang lain selain bilik tidurnya...auni takde bilik tidur, tapi katil ada hehe.
  3. Matikan lampu utama dan nyalakan lampu tidur yang bercahaya malap bagi mengelakkan tidur anak terganggu...auni pasang lampu atau tak, dia tetap tidur kalau dah ngantuk.
  4. Anak anda mungkin terjaga ketika tidur. Oleh itu ajar dia kembali tidur. Jangan sesekali memasang lampu sebaliknya tenangkannya dengan kata-kata lembut dan tinggalkan dia sendirian untuk kembali tidur....Auni kalau bangun malam-malam, abah suakan botol susu dalam mulut hehe
  5. Menetapkan waktu tidur mereka dan pastikan tidak tersasar umpamanya 9.00 hingga 10.00 malam...Auni biasanya tidur lepas maghrib :)
  6. Cuba ajar anak tidur sendirian di bilik mereka, latih mereka tidur sendiri secara berperingkat supaya mereka boleh tidur secara sendiri dan jangan kunci pintu supaya mereka yakin yang anda tidak jauh dari mereka...Kalau balik Kubang Kerian, Auni biasanya tidur dengan tokmi :)
  7. Hiaskan dengan cantik bagi menarik perhatian mereka tetapi pastikan tiada televisyen, permainan video atau terlalu banyak mainan yang boleh melekakan mereka...mujur Auni takde bilik lagi hihi :)
* Auni, kesimpulannya....kita minta abah buatkan bilik untuk Auni nak? (^_^)
** Ummi ambil sumber maklumat dari Diari Perancangan Eksekutif Islam 1431h-1432h

Tuesday, January 18, 2011

- pandanglah...lihatlah... -

Alhamdulillah...
siap juga ummi punya blog nih.
Cantik tak?
Letih ummi buat semalaman...huhu.

Ummi suka header blog ni...
nampak comel la (^_^)
Tepat jam 1.00 pagi.
Nak rehat dulu. Esok jumpa lagi...insyaAllah...

Saturday, January 15, 2011

- blog kena make-up ke? -

Perhatian!
Blog kami akan di make-up buat sementara waktu.
Bila?
Tak pastilah..hehe.
Tapi, jika anda takleh buka blog Teratak Mawaddah lepas ni,
ummi minta maaf ya. Bukan apa, masa tu nanti ummi sedang sibuk nak
make-up blog ni. Okey?
Tapi tak lama, jangan risau ya.
Tu je ummi nak bagitahu (^_^)

Friday, January 14, 2011

- anakku oh anakku -

budak comel yang manja+cerdik ni..ummi dan abah saaaaayang sangat2!

Anak ummi dan abah ni semakin cerdik dan lasak hehe. Tak terkejar ummi dibuatnya. Dia tak letih lari sana sini, tapi ummi yang letih main kejar2 dengan dia. Kalau zaman ummi muda2 masa sekolah dulu, bolehlah nak main kejar2 dik. Mana taknya, masa tu 45kg je hehe....sekarang?

Auni dah pandai sebut beberapa perkataan dengan jelas dan lancar+yakin sekali :-

duk/duduk= duduk
tup = tutup
hello = hello
Allah = Allah

Lucu sekali, bila letak telefon kat telinga...dengan suara yang kuat dan nyaring dia jerit "hello!!"..."haa.."..."hello"...Pastu bagi telefon tu kat ummi seolah-olah ada orang nak cakap dengan ummi. Pandai anak ummi (^_^). Kalau kita nak solat, dia pun datang duduk kat sejadah terus sujud. "Allah..."...sambil sujud.

Anak ummi, semoga semakin hari semakin cerdik+solehah ya sayang....

Thursday, January 13, 2011

- surprise!! -

12.01.2011
Selamat Hari Lahir - 52 umi (^_^)

Semalam birthday tokmi Auni.
Balik ofis, ummi terus buat kek coklat.
Ini aja bahan yang ada untuk hiasan.
Tak sempat nak beli barang-barang lain.
Kek ni ummi tambah 3 sudu sunquick, bagi rasa masam2 sket.
Lepas Maghrib kami bertolak ke Kubang Kerian.
Abah singgah beli sate sebelum sampai rumah.

Yang bestnya, kami tak call umi pun nak balik hehe.
Nak surprise lah kononnya.
Tungu punya tunggu, tokmi tak balik2.
Akhirnya, pukul 10 baru tokmi sampai rumah.
Terkejut tokmi tengok anak menantu cucunya balik.
(^_^) menjadilah surprise tu....

Alhamdulillah, makan-makan.
Sama-sama kemas dapur.
Thanks abah tolong ummi basuh pinggan mangkuk yang banyak tu hihi.

Friday, January 07, 2011

- Adik baru -

Assalamu'alaikum kepada semua pengunjung Teratak Mawaddah.

Kepada yang baru menjejakkan kaki di teratak ini, kami ucapkan selamat datang, ahlan wasahlan dan welcome (^_^)

Sunyi sepi aja kan teratak kami ni sejak dua menjak ni?

Tiada berita...
Tiada cerita...
Tiada apa-apa pun...

Ummi rasa sunyi juga. Balik opis, rehat-rehat dengan auni+abah...Kadang sempat juga ummi buka blog dan FB. Buka je, baca gitu-gitu. Kadang tak menyempat nak bagi komen macam selalu. Kalau anak dara kami ni celik, memang tak boleh nak layan FB dan blog pun...

Tapi, anak dara yang dah berusia 17 bulan inilah yang menceriakan teratak kami :)


Dah besar rupanya auni ya! Bila nak dapat adik?? (soalan yang kawan ummi selalu tanya...)

** Kalau adik tu macam mee segera, sekarang pun ummi nak!
TWIN BOLEH TAK?
hehe...
InsyaAllah..doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga.

Oh ya...keluarga kami di Shah Alam akan bertandang lagi ke Kelantan masa Tahun Baru Cina ni. Ada apa agaknya ya? Jeng..jeng..jeng... nanti ummi akan story pasal ni okey?

Wednesday, January 05, 2011

- minggu busy lagi -

Dulu..
Boleh relaks sikit...
Laporan tak banyak...
Tak pening kepala...
Jarang letih...
Punch card tepat pukul 5ptg...
Boleh tengok Sinetron (2 petang)...
(^_^)


Sekarang..
Tak boleh nak relaks...sikit pun tak dapat
Laporan banyak...bertimbun-timbun
Pening kepala...kerap migrain
Asyik letih...balik rumah tido awal
Punch card dah jarang pukul...lewat sikit
Tak dapat tengok Sinetron...atas takde tv
(V_V)

Ummi bukan mengeluh atau merungut, tapi sekadar meluahkan rasa hati je huhuhu. Sejak duduk tingkat atas jaga Unit Pengembangan ni, masa yang berjalan makin laju je ummi rasa. Masuk kerja pukul 8.00 tepat, terus on computer. Makan roti buat alas perut, sambung buat laporan yang asyik bertambah tu. Sedar-sedar "Oh, pukul 11.00 dah?". Ummi rehat kejap, pastu minum Cinch Shake (cafe-latte). Sambung lagi buat laporan.

Makan tengahari? Kirim salam ajalah....ummi tak menyempat pun nak pikir pasal makan tengahari hehe. Lagipun tak berapa lapar sebab dah minum cinch tadi. Buat laporan, tengok2 dah pukul 3.00 petang pula. Kadang-kadang ummi solat awal la...pukul 1.30 dah masuk musolla. Sejak minggu ni asyik terlajak hingga pukul 3.00 huhu. Tak patut..tak patut.

Minggu ni minggu paling busy!


Saturday, January 01, 2011

- 2011 menjelma -

Assalamu'alaikum dan good morning pengunjung Teratak Mawaddah (^_^)
Selamat Tahun Baru 2011 ya!
Azam baru? Hari2 ummi berazam nak buat yang terbaik dalam hidup ni hehe
dan azam tahun 2011 ni ummi nak bagi Auni kawan baru @ adik baru hihihi
Ops! nanti ada orang komplen pula...

Alhamdulillah.
Semalam kan ummi cakap ummi nak pergi opis kan..
Tapi...disebabkan idea abah yang sangat bernas tu, ummi tak jadi pergi opis lah.
Abah call makcik dia yang tinggal kat rumah tok mi Auni malam tadi, kata nak pinjam laptop.
Makcik abah punya laptop, RAM dia besar dari ummi.
Alhamdulillah....dapat juga ummi buat laporan malam tadi.
Jadinya....ummi tak pergilah opis hari ni yeay!!

Tahun baru ni ummi ingat nak decorate Teratak Mawaddah la..
Biar nampak segar-bugar gitu.
Ummi rasa teratak kami ni agak serabut sikit. Ummi tengok pun rasa macam takde selera lah hehe. Ummi tak tahulah rakan bloggers macam mana...Insha Allah ummi nak bincang dulu dengan abah. Big boss mesti tahu setiap perubahan dalam teratak ni kan? ...

Ummi ambil kesempatan ni untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung setia mahupun yang singgah hanya untuk blogwalking di teratak kami. Terima kasih juga sebab sudi membaca kisah hidup suka duka dalam teratak kami. Mana yang baik, ambillah jadikan ikutan. Mana yang rasa kurang baik, lupakanlah dan tegurlah kami secara berhikmah. Sudi-sudilah jadi sahabat kami pula di Facebook ya.

sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di
- abah : fikiranku@yahoo.com
- ummi : wardah_comel@yahoo.com
- auni ? .... ada ke orang nak tanya ngan auni? hihihi..

* ummi taip di laptop Tok Mah....Thanks tok mah bagi husband I pinjam laptop U

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...