:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, December 31, 2010

- Rehat tapi macam tak rehat -

Hari ni cuti.
Esok cuti.
Lusa pun cuti jugak.

Tapi...Esok ummi tak cuti dalam ertikata ummi tak rehat. Cuti tu kan untuk kita berehat dari pening-pening nak buat kerja opis...kan?

Waa....waa...Kerja banyak tak siap lagi. Lambakan laporan betul ke ayat ni menyesakkan mata dan dada ummi. Laporan bukan satu dua..tapi 3, 4, 5, 6 malah mungkin 10.

Laptop kesayangan ummi sangatlah lambat pula. Tadi ummi dah buat laporan sikit, tapi lambat sangat. Maybe RAM sangat rendah (1G) je..tu pasal dia merajuk sebab laporan ummi tersangat banyak dan memberatkan laptop.

Nampak gaya, esok ummi kena pergi opis nak buat kerja. Kalau tak...habislah ummi Isnin ni. Walhal laporan nak kena hantar Ahad ni huhu. Ummi baru bercadang nak berehat-rehat dengan Auni dan abah kat rumah....

** rasa segar dan nyaman lepas melabur...
kan ummi minum cinch dan makan lecithin (^_^)

- kesayangan ummi dan abah -
masa ni baru nak mula merangkak

Thursday, December 30, 2010

- mesti beli -

Ummi memang ternanti-nanti...
Ummi mesti dapatkan juga hari ni..
Walau apa cara sekalipun..
Mesti - mesti - mesti

abah, boleh kan?
ummi nak beli petang ni...

Ummi nak beli apa?
Nanti ummi tunjuk kalau ummi dah beli (^_^)

tapi yang pasti...
ummi memang suka sangat kalau dapatkannya petang ni juga!!

Wednesday, December 29, 2010

- ummi boleh! -

Banyak kali ummi asyik tulis diet - diet - diet
(nak ingatkan diri sendiri ni)
klik entry ni : diet & madu krus

Lepas bersalinkan Auni dulu ummi kerap lapar
Asyik nak makan je.
Masa pantang, walaupun lauk cuma sekadar ikan haruan bakar dan sayur sawi..
Ummi cukup berselera. Makan - makan - makan
Lepas makan nasi, mesti makan biskut lemak cicah air koko panas.
Belum lagi makan yang lain-lain.

TAPI ...
Bila berat dah sama semula macam waktu mengandung
mulalah gelabah ...
Makan jamu, ubat2 dan pil2 nak kuruskan badan, minum teh herba, sapu losyen..
Barut pun tak dilupakan
(tapi jogging tak pun hehehe)
- ummi tak payah jogging sebab hari-hari dah bersenam.
Kerja ummi kat opis hari-hari naik turun tangga

Alhamdulillah..
ummi berjaya kawal sikit berat ummi ni
Malam-malam memang dah tak makan nasi
Balik opis, cuma masak untuk abah je

DAN..
Terima kasih pada mommy icha
sebab
perkenalkan SHAKLEE kat ummi (^_^)
Ummi makan Lecithin dan Cinch ShakeMix (cafe latte)

Setakat ni alhamdulillah..
Ummi tak timbang lagi berat minggu ni
Cuma yang ummi perasan...ummi tak lapar macam selalu (^_^)

** inshaAllah, nanti ummi update pasal Lecithin dan Cinch Shake Mix ni ye.
** tapi yang penting sebenarnya, pemakanan seimbang dan cara hidup sihat (bersenam).
Okey!!

Monday, December 27, 2010

- ummi rindu -

ummi rindu..
pada blog kami...
Dah lama bersawang Teratak Mawaddah ni huhu...

Maafkan ummi..
ummi masih belum sempat mengemas...
Ummi letih...
Melayan 3 orang anak..
Auni + Aisyah + Nafi'...

InshaAllah..
ummi akan update juga blog ni..
Agar pengunjung Teratak Mawaddah tidak ternanti-nanti...

** Ummi minta maaf Ummu Aisya dan Ummu Aufa....tak dapat nak buat tugasan yang diberi.
Ummi benar-benar "capek" 2 minggu ni. huhuhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...