:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, February 03, 2013

Jangan Bercakap Ketika Solat

satu ketika dulu
aisyah dan auni sedang solat berjemaah
(abaikan seketika baju auni yang memakai lengan pendek ketika solat)


Malam tadi, umi solat Isya' berjemaah dengan tokmi dan adik-adik ipar di rumah. Kebetulan, kanak-kanak ribena ni nak solat sekali. Sejurus sejadah dihampar, mereka berbaris untuk solat. Pada awalnya, solat dengan penuh tertib. Namun masuk rakaat kedua, terganggu solat ummi ni. Memang tak khusyuk ummi nak solat kerana terdengar perbualan kanak-kanak ribena ni.

Auni tiba-tiba bercakap dengan sepupunya yang paling kecil iaitu 'Asim. Ekor mata ummi lihat, Aisyah menoleh ke belakang sambil berkata perlahan : "Syy, diamlah Auni. Mana boleh cakap waktu solat". Tidak lama kemudian, 'Asim mengganggu pula kakaknya solat. Auni berjalan ke depan dan berkata "Asim, jangan kacau Kakak Aisyah solat lah. Kakak Aisyah, 'Asim kacau Kakak Aisyah nak solat ni". Ketika tahiyyat akhir pula, 'Asim membuat bunyi-bunyi. Dalam keadaan duduk tahiyyat akhir tu, Auni berkata "'Asim, jangan bercakap waktu solat lah. Mana boleh cakap".

Ya Allah, sungguh............solat isya' ummi sangat terganggu bilamana ada kanak-kanak ribena ni solat sekali. Sejurus beri salam kedua, Auni terus berwirid dengan suara nyaring. Alhamdulillah, semakin bagus hafalannya. Semoga istiqomah ya, sayang.

Kedua-dua kanak-kanak seusia 4-5 tahun ini TAHU dan SEDAR bahawa, tidak boleh bercakap ketika di dalam solat. Namun, masih perlu diperbaiki dan diberi kefahaman dengan lebih jelas kerana mereka tanpa sedar telah pun bercakap hehe. Ya, saling ingat-mengingatkan. In shaa Allah lepas ni ummi akan beri penjelasan kepada kedua-dua kanak-kanak ini.

Satu tabiat Auni, mulutnya kumat-kamit berzikir asal waktu lapang. Semalam, kami ke Mydin. Ummi sibuk membeli-belah, dia pula becok bercakap. "Adik, zikir lah" Apa lagi, kumat-kamit dia berzikir kuat sampaikan orang sebelah pandang-pandang haha.


6 comments:

  1. comel kanak2 ribena ni...
    dah tahu cuma belum mengerti ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu =) tahu, tapi belum jelas kefahamannya lagi hehe.

      Delete
  2. hihi... jangan bercakap masa solat.. auni auni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bercakap dengan auni, memang betul2 rasa seolah2 kita bercakap dgn orang dewasa =)

      Delete
  3. seronoknya tengok anak2 akak dah pandai dan rajin solat..sy pun mengimpikan nanti anak-anak sy soleh dan solehah

    ReplyDelete
  4. Tak khusyuk solat ummi ;) adakala terhibur dgn sikap mereka yg semakin cerdik.

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...