:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, December 28, 2011

Pizza Roti Pita

Pizza Roti Pita
< menu sarapan pagi ini >

resepi lebih kurang sama dengan Pizza Roti Gardenia
Cuma kali ni ummi tak tumis bahan-bahan tu.

Bahan2 :- (2 orang makan)
- 3 keping roti pita
- 1 biji tomato *
- 1/4 biji lada jepun merah *
- 2 batang sosej (dihiris nipis)
- 1 sk lada hitam (ditumbuk)
- sedikit sos cili
- sedikit mayonis
- sedikit serbuk paprika

( bahan-bahan bertanda * dipotong dadu)

****************************************

Cara2 :-
1- sapukan roti pita dengan sedikit sos cili
2- susun 1/2 hirisan sosej di atas roti pita
3- letakkan tomato dan cili jepun yang dipotong dadu di atas hirisan sosej tadi
4- tabur lada hitam di atasnya.
5- susun lebihan hirisan sosej tadi sekali lagi, kemudian taburkan serbuk paprika di atasnya.
6- Akhir sekali sapu sedikit mayonis.
7- Bakar dalam oven pada suhu 130 darjah celcius selama >< 20 minit. (5 minit pertama ummi bakar bahagian atas, 5 minit kedua bahagian bawah dan 10 minit terakhir dua-dua bahagian). Suhu tu boleh ditukar ikut kesesuaian ya....




3 comments:

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...