:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, February 15, 2011

- Hero Kami -

p/s : sediakan tisu secukupnya kerana entry ini akan membuatkan air mata anda gugur membasahi pipi ....


Dahulunya "dia" hanya seorang budak kecil...
yang belum dan tidak mengerti apa-apa...masih hingusan.
Dunianya hanya makan+main+tidur ... makan+main+tidur
Namun, masa terus berlalu..
"dia" juga turut berubah...
Hari berganti hari
Bulan berganti bulan
Tahun berganti tahun.....

di kalangan teman, "dia" cukup dikenali....
Kebajikan teman-teman dijaga melebihi kebajikan sendiri...
Seorang pendengar yang cukup setia..
Tempat teman-teman mencurahkan segala masalah...
"dia" tidak pernah mengecewakan sebagai insan bernama SAHABAT

"dia" seorang abang yang penyayang...
"dia" juga seorang adik yang pengasih...
adik-beradik yang lain cukup menghormati apatah lagi menyayanginya,
sama sepertimana "dia" menyayangi mereka..

"dia" seorang anak yang taat akan perintah orang tuanya..
"dia" seorang menantu yang sangat pandai mengambil hati mertua..
beruntunglah kedua ibubapa yang mendidik dirinya
kerana "dia" insan istimewa...

"dia" abah yang TIDAK PERNAH meninggikan suara terhadap anaknya..
"dia" abah yang tak pernah jemu melayan kerenah anaknya...
"dia" abah yang sangat menitikberatkan kebajikan anaknya..
"dia" abah yang pandai mendidik anaknya..

"dia" sahabatku..
"dia" kekasihku...
"dia" suamiku...
"dia" yang tak pernah jemu menasihati ummi
"dia" yang tak pernah jemu mendengar luahan hati ummi
"dia" yang tak pernah jemu mendidik ummi
"dia" yang tak pernah jemu menyayangi ummi...

kerana "dia" adalah.......

~ IMAM KAMI ~

.: SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN - 27 :.
15/02/1984 - 15/02/2011

- Terima kasih atas segala kasih-sayang dan nasihat yang telah abang berikan selama ini...
~ Terima kasih kerana tidak pernah jemu menjaga kebajikan kami...
~ Terima kasih kerana sentiasa sabar dalam mendidik kami...
~ Terima kasih kerana sentiasa ada di kala kami memerlukan abang...



** ummi sebak menulis entry ni..............

2 comments:

  1. ..Terharu abang membacanya..ap pun, terima ksh atas ucapan selamat ayang, Ayang adalah insan terbaik yang telah Allah takdirkan untuk abang, mudah-mudahan Allah terus memelihara kita dalam rahmat kasih sayangNya aamin...hidup ini tempat menyemai dan menanam benihnya...akhirat nanti tempat kita menuai dan memetik hasilnya... ^_^

    ReplyDelete
  2. ~_~
    izinkan sy mnjadi spt 'dia'..
    sbg abg, suami n insyaAllah ayh yg trbaik...
    huhu~ tkut x mmpu jer nk pikul smua bban2 nih.. T_T

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...