:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, June 21, 2010

- jalan2 cari kenduri -

Minggu lepas kami pergi kenduri kawan-kawan Abah Yie. Dekat-dekat je rumah diorang ni. Janjinya nak pergi dengan Uncle Asy dan Auntie Are. Siap-siap pakain baju, cepat-cepat bungkus hadiah. Hehe, biasalah last minute :) Ingatkan kami je yang balut hadiah last minute, rypa-rupanya Uncle dan Auntie pon sama juga. Siap bungkus hadiah depan rumah kami tu hihihi.

Kita ber-3...sama-sama pompuan hehehe

Haa..tu uncle tengah balut hadiah. Apa agaknya isi dalam kotak tu ye?

Auni diam bila didukung dengan Auntie Are nya tu...tengok tu....

Haa...ini pengantin pertama. Alamak, senget tudung ummi kena angin kipas tu huhu

Aiseyy..masa gi umah pengantin kedua, Ummi Na tertinggal handset dalam kereta huhu. Tak dapat nak snap gambar mempelai tu. (baju mempelai kedua ni, sama ngan baju kitorang masa kenduri kahwin kat umah Abah Yie dulu hehehe = kaler silver) Masa kat umah pengantin kedua ni dah maghrib. Orang lain tak makan, Ummi Na yang makan nasi. Laparrr sebab kat umah pengantin pertama tadi tak makan. Apalagi, makan cepat-cepatlah.

Lepas kami solat Maghrib kat Masjid Haji Daud seberang jalan rumah pengantin, kami singgah minum kat gerai tepi jalan tu. Tak ingat nama apa. Minum air kelapa...fuh! Nyamannya......... Auntie dengan uncle kongsi bihun sup (^_^). Sempatlah juga kami beli satey ayam heheh. Beli sikit sebab nak rasa okey ke tak satey dia tu. Kalau okey, pasni boleh beli lagi kan Auntie Are?? Hehehe.

Makan sampai tak perasan gambar diorang kena tangkap hehehe

Air kelapa.....sedaaaap!!

Auni buat muka seposen...tak dapat minum air kelapa yang sejuk tu hehehe

Sampai rumah barulah terasa letih sangat. Walaupun pergi kenduri kahwin je, tapi badan ni rasa sengal-sengal. Makanya, malam tu memang tak buat kerja langsung huhuhu. Tergendala kerja opis yang bertimbun-timbun tu huhu. Okey, itu ajalah ceritanya. Menarik ke? Hehehe.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...