:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, October 03, 2009

- Letih ke? -

baju ni hadiah daripada uncle asy + auntie akhmal...comel tak?

Aduhai...barulah Ummi Na tahu betapa letihnya mak mengasuh Ummi Na dan adik-beradik dulu. 8 orang pulak tu, bermacam-macam ragam dan kerenah. Ummi Na ni pula jenis yang memang kuat dan suka menangis masa kecik dulu. Sekarang ni, dah sebulan lebih mengasuh Auni, barulah Ummi Na faham dan tahu perasaan mak dulu. Payah dan letih!

Em, dua hari lepas Auni sunat. Hari yang sama juga Ummi Na berurut dan bertungku. Haha, orang lain seminggu pas bersalin dah bertungku dan berurut...Ummi Na ni ketinggalan sungguh la...huhuhu. Maybe sebab operate, so kena berhati-hatilah...fuh, segar rasanya badan ni pas kena urut dan bertungku.

Auni ni pulak asyik menangis je. Sampaikan Ummi Na nak makan dan mandi pon tak sempat kadang2 tu...heee :) kena uruskan keperluan dia dulu. Mesti nak kena tahu dia nangis tu sebab apa? Lapar ke, tak selesa ke, pampers dah penuh dengan najis atau air kencing ke...Auni ni buang air besar sekali dalam 3-4 hari. Dia kumpul banyak2 dulu :) Mula-mula dulu risau juga, tapi nurse cakap biasa "benda" ni. Lagipun perut Auni lembut. Kalau keras atau kembung tu, maybe ada masalah la tu.

Semalam dah call jiha, kawan Ummi Na di UIA. Balik Shah Alam Khamis ni, bolehlah tumpang rehat bilik Jiha dengan si Auni ni. Nak tunggu my hubby gi ambik jubah konvo, mesti lama. Itu yang rasa nak tumpang bilik Jiha. Senang sikit nak uruskan Auni, nak rehat-rehat ke...Kalau nak rehat kat Masjid UIA tu, payah sikit rasanya. Dahlah Auni ni kuat menangis sekarang ni huhuhu. Risau juga Ummi Na kalau dia mengganggu orang nak solat, kebetulan hari tu hari Jumaat.

Okey, sampai sini sahaja coretan kali ni. Hingga berjumpa lagi...

fuh, auni bergaya dengan baju hijau2 lumut ni hehehe

posing manja gitu...ni baju hadiah dari kawan2 abah kat sekolah...

tidur pon sempat posing gitu...baju hadiah tok ba

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...