:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, March 30, 2012

Chicken Crispy...yummy!!

Dah lama tak menepek gambar makanan dalam Teratak Mawaddah ni (^__^)
 @ tetiba rindu pada masakan sendiri @
Baru-baru ni Moksu dan Cik Wa datang rumah.
Lepas maghrib ummi pun bersilat kat dapur.
Ini ajalah hidangan malam tu.

Chicken Crispy + Sayur campur + ulam-ulam + air performance & sunquick

Memang meletup ayam goreng dari Ayamas tu! Pedasssss........................

***********************
Suka Performance Drink? KLIK SINI untuk ketahui kelebihannya

Tuesday, March 27, 2012

Hargai Nyawa Anda, Ingatlah Orang Tersayang!

Jangan sesekali tiru aksi ini semasa menunggang motosikal.
Ini cara yang salah ye kawan-kawan.
Tak kisahlah naik motor di jalan raya dekat kampung atau jalan besar.
Sangat bahaya.
Malang tidak berbau!

Wajah Baru Puteri Solehah

 
gambar sebelum rambut dipotong

Agak payah untuk menggunting rambut Auni sekarang ni. Awal-awal tu memang okey lah, dia duduk diam aja. Apabila sisa rambut melekat di badan tu, mulalah garu sana sini. Merengek minta ummi berhenti.
"Cantik doh mi, tok payoh gunting doh lah!"
(^__^)

v

v

v

v

v

v

v

wajah terkini anakanda solehah
hasilnya memang tak berapa menjadi lah. Nak kena repair semula rambut dia ni.

* makin terserlah matanya yang kuyu persis ummi hihi


Monday, March 26, 2012

Tengah mencari calon menantu? Nak pilih ini tak?

susulan kisah anak dara perlu sopan

 "ummi..psstt..ummi, psst....."
boleh pula dia panggil ummi (nak tunjuk aksi lagi dah ni)

 tengok ummi tak cakap apa...dia menapak satu tangga lagi...

"wah, ummi tak marahlah hari ni," makin tambah anak tangga la pula

* ketahuilah nak, ummi sedang mengetap bibir sambil senyum terpaksa hehehe

agak-agak, ada ke nak jadikan dia menantu kalau tengok aksi ganas ni?
(^__^)
sekadar gurauan hari Isnin.

Pencapaian Teratak Mawaddah Minggu Ini

inilah pencapaian yang kurang memberangsangkan. Ini yang selalu berlaku bila penyakit M mula menguasai diri ummi.
(v__v)
Paling tinggi pun cuma pada 21/03/2012
Jom singgah sini sebentar : KLIK SINI


entry ni keluar selepas ummi terjeles melihat UV blog Jemari Asmara hehehe

Sunday, March 25, 2012

Ilham...di manakah dikau?

ingat lagi keadaan teratak kami masa awal-awal pindah dulu?
Memang menyakitkan mata rasanya bila lihat gambar ni dulu hehe

Tapi sekarang

v

v

v

v

 ruang tamu kedua merangkap ruang makan kononnya
hanya ada meja jepun menghiasi ruang tamu ini

langsir jarang ni memisahkan ruang tamu kedua dan bahagian dapur

Ummi masih mencari ilham sebenarnya.
Nak mendeko bahagian ini, tapi ummi kekeringan idea.
Boleh bantu ummi untuk menghias dan mencantikkan ruang ini?

* ummi tak bercadang nak letak pasu bunga di ruang bawah kerana anak-anak sedara masih kecil-kecil. Risau juga pasu pecah nanti hehe

Anak Dara Perlu Sopan

Anak dara tak elok panjat-panjat ye.
Buruk sangat rupanya.
Mak-mak kat luar tu, sila jaga betul-betul anak dara anda.

 Yeay, berani ke nak tiru aksi ini?
* sila abaikan periuk nasi elektrik ummi di tangga itu

 Syok dan ralit sangat dia memanjat
mula nak turun dah...tapi

v

v

v

v

v

v

v

 "Ya Allah..!!" ummi yang menjerit.
Anda boleh agak apa yang terjadi selepas itu (^__^)

Selepas aksi berdrama dan menangis bagai
v

v

v

v

 rupa anak dara selepas ummi pujuk

 Auni sayang...pandang sini

Puteri tidur macam mana?
ini ummi

v

v

v

v

v


Kepada kawan-kawan, jangan sesekali meniru aksi ngeri ini ya (^__^)

Pesanan ikhlas dari : Teratak Mawaddah

* mujur tak luka atau koyak ke apa......


Saturday, March 24, 2012

Jalinan Ukhuwwah di Teratak Mawaddah

untuk sekian kalinya...
Kami dengan sukacitanya menjemput kalian
berukhuwwah bersama kami di

 
Perasan tak teratak kami berwajah baru??
Entah yang ke berapa kali ummi tak tahu hehe

v


v


v


v

 Alhamdulillah.............
Hampir 90% proses mengemas rumah siap
Dah masuk sebulan belum siap mengemas baju-baju dalam kotak
hehehehe

 alahai adik comey penyambut tetamu hehehe

***********************************************

Thursday, March 22, 2012

Blogger Threaded Comment

Entry khas untuk Ummiey Mithaliey @ Tuan Blog Laman Syahid

ini namanya threaded comment, dengan kata lain kita boleh terus reply komen tanpa perlu balas satu-satu kotak macam selalu hehe

Ummi sebenarnya tak ingat kat mana ummi ambil tutorial tu.
Tapi godek-godek, ummi teringat yang Anamarzablog ada buat tutorial ni.
Jadi, min bolehlah singgah di blog beliau sambil berukhuwwah.
Okey min?

Bumi Cinta


Bumi Cinta
karya Pak Habib
RM25.90


"Apa yang akan berlaku, jika seorang graduan lulusan agama, bernama Muhammad Ayyas, hidup di negara yang amat menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Russia? Adakah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis muda Moskow, yang kecantikan mereka tiada taranya?"


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* baru baca muka surat 41 (^__^)

Puteri Solehah Cilik

Lama ummi tak cerita perkembangan anak solehah ni. Pejam celik pejam celik, 
kini usia Puteri Solehah ni dah 2 tahun 7 bulan (^__^) 
Macam semalam rasanya ummi melahirkan auni :p

 sangat mudah kalau nak minta auni bergambar.
Ummi hanya perlu cakap "Puteri tidur...puteri tidur" maka inilah gaya yang akan dipamerkan hehe.

 Memang sunyi kalau auni sakit. Ummi rindu dengan kerenah dan aksinya tu. Kalau sihat, suaranya boleh dengar setaman bilamana auni jerit. Suka peluk cium ummi sebelum tidur, tapi nama abah yang selalu disebut bila tersedar dari tidur.

 anak solehah yang ayu.
maafkan ummi sebab dah lama sangat rasanya ummi tak ajar membaca macam dulu-dulu :( Ummi cuma ajar secara tidak langsung lantaran tuntutan tugas yang semakin bertambah dan kesihatan yang tidak mengizinkan :(
letih + letih + letih
maafkan ummi ye sayang.

terlalu banyak perkataan yang auni belajar sekarang ni. Balik rumah, mesti ada perkataan baru yang auni belajar di nurseri. Auni sangat pekat kecek kelate (^__^) Semoga anakanda solehah ummi dan abah ni baik2 di sana ya. Belajar dengan ibu yang solehah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Wednesday, March 21, 2012

SUKA MAKAN atau KUAT MAKAN?

Sebagai seorang isteri dan ibu yang berkerjaya, sememangnya ummi sangat memerlukan tenaga untuk menjalani kehidupan seharian. Dan, tenaga yang ummi perolehi salah satunya adalah melalui makanan. Anda suka makan? Anda kuat makan?
Erm, jom kita tengok makanan dan minuman yang ummi masak.
Antaranya :

 Buah-buahan (koktel)
wah, segar-bugar terus bila nampak minuman ni! Apatah lagi diminum tengahari yang panas terik ni. Mai segelas!

Telur Bingkisan Rindu
Padahal cuma letak sos dan kicap je haha.
Ini kesukaan Ayah Su auni....

 Juadah berbuka puasa tahun lepas
Ayam Madu Belahan Cintaku
Cuma bakar dalam oven, madu adalah ramuan utama

 Moist Orange Chocolate Cake
Kesukaan kami di Teratak Mawaddah.
Lama dah tak buat keke. Bila tengok masakan dalam blog kawan-kawan, 
terliur pula nak bakar kek

 Puding Laici Berkuah Kastard
Percubaan pertama kali.....

 Pizza Roti Gardenia
Sesuai untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah atau minum petang

 lagi kesukaan ummi
Roti Berinti Daging Ala Lasagna
Mengenyangkan!

Sambal Udang Bermadu
Cubalah!

*********************************************************
Apa motif letak banyak gambar makanan?
SUKA MAKAN atau KUAT MAKAN?

Bercintalah hingga ke syurga!

mood : imbas kenangan awal-awal perkahwinan dulu

 Aidil & Intan
Nov 2011

Ainna & Nuruddin
Mac 2012

Terimalah kelebihan dan kekurangan pasangan kita seadanya dan berusahalah untuk menjadi yang terbaik buat pasangan kita!


Wordless Wednesday - Edisi kembar tak seiras

Adakah ini satu kebetulan?
Dua sepupu yang sama-sama pakai seluar jeans, berbaju blaus coklat gelap?
Kebetulan juga tudung masing-masing hilang entah ke mana.
Inilah kembar tak seiras (^__^)

Sunday, March 18, 2012

Anak Dara Bercinta

Sejak bila anak dara ummi dan abah pandai bercinta ni?
Ummi perasan sangat, asal handphone ummi dan abah letak atas meja, 
mesti ada tangan yang mengambilnya.
Dahlah senyum-senyum kambing, buat muka tak bersalah pula tu.

 tengok tu....tak lepas handphone tu dari tangan.
Khusyuk betul....

 Apa agaknya yang dibualkan oleh anak dara ni agaknya?
Mai kita gi dekat sikit
v

v

v

v

v
(sampai senget-senget badan tu)

"Hello, assalamu'alaikum, nenek! Bila datang rumah kita?Nenek make doh? sihat ko?"

dengan kata lain.............

* Hello, assalamu'alaikum, nenek! Bila nak datang rumah Auni?Nenek makan dah? sihat ke?"

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday - Candid!

Pengantin baru tangkap gambar anakanda solehah 
yang rancak berbual dengan Acik Ain tu hihi.

Ada bakat tak Ayah Din tu?

Tuesday, March 13, 2012

Semangat Baru!


macam boleh baca isi hati ummi ni, maka ofis mengadakan gotong-royong 2,3 hari selepas ummi publish entry tu hihi. Sehari suntuk kami gotong-royong bersihkan ofis. Kebetulan hari ini ada mesyuarat do ofis ummi

uish, sakit mata ni rasanya...

bawah meja pun berselerak sangat-sangat
kotak biru ni ummi punya stok makanan dan air kotak :p

nampak tak? sangat kurang cantik meja ummi

proses mengerah tenaga dan keringat untuk mencantikkan meja :)

v


v


v


v


v

ini hasilnya selepas mengemas
nampak teratur dan kemas sikit berbanding tadi

fail-fail kemas di hujung tu

bawah pun dah kosong, cuma gelas hijau tu memang saje ummi letak situ sebab baru lepas minum air hihihi...

***************************
kawan-kawan rajin tak mengemas meja masing-masing di ofis?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...