:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, July 31, 2011

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan

Bicara Selebriti

Biar gambar yang berbicara.

Bicara Selebriti
Balai Islam Lundang, Kota Bharu
30/07/2011 @ 9.00 malam
- Dr. Mohd Asri
- Wardina Safiyyah
- Amin Idris (senior dan mentor kami)
- Sham Kamikaze
- Ustaz Hasrizal (sangat suka baca blog dan buku-buku beliau)

Siapa selebriti sekarang ni?


Amin Idris : senior dan mentor kami semasa di UIA dulu
Moderator Bicara Selebriti

Bersama Dr. Mohd Asri yang sentiasa tenang

Ustaz Hasrizal yang berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 33kg dalam masa 4 bulan.
Kalau nak tahu apa rahsianya, baca web beliau ya (^_^)

Gelombang KUNING menyerlah!!


* ummi dan auni tak pergi huhu....

Saturday, July 30, 2011

Pinky Girl

inilah adik manis tu....yang ummi cakap macam artis, ramai sangat nak bergambar dengan dia (^_^)


"Cikgu, pinjam baby kejap,"
"Cikgu, cantiklah baju pink dia,"
"Auni...jom tangkap gambar dengan kakak,"
"Auni, sini. Jom main jom,"

Semua berebut nak dukung Auni. Auni? Princess Solehah tu dah pandai malu-malu ayu hihi. Dia senyum-senyum manja aja "Tok che," itulah jawapannya. Kadang-kadang tu dia hadiahkan jelingan menusuk jiwa juga. Tambah lagi renungan tajamnya tu.

Projek Teratak Mawaddah

Rasanya bersawang dah teratak kami ni (^_^) Maklumlah, minggu ni agak sibuk menyiapkan projek kami tu. Alhamdulillah, berjalan lancar setakat hari ini. Boleh katakan hampir 90% siap. Sebentar lagi nak uruskan lagi 10% pula. InsyaAllah hari ini atau esok juga kami akan paparkan kepada semua Sahabat Mawaddah (^_^)

* ummi kan suka buat suspen....hehe

********************************************************
Semalam kami ber BBQ di Sudara Beach Resort. Ada program kat sekolah lama abah. Cikgu-cikgu ajak abah join, ummi pula sibuk-sibuk nak tumpang sekaki. Tak banyak gambar yang kami tangkap, cuma ada gambar seorang adik manis comel (^_^). Macam artis je adik tu, sana-sini orang nak ambil gambar dengan dia. Nak tengok?

*


*


*


*


*


*


*

alamak! terlupa pula yang gambar tu belum transfer masuk laptop (^_*)
kejap lagi lah ye...


* minggu ni kami KURANG BW kat blog Sahabat Mawaddah. Perasan tak? Hehe

Friday, July 29, 2011

Koleksi CD Princess Solehah

DVD Mukhlis baru beli 2 hari lepas
(hadiah ummi buat auni)

Nasyid dalam ni memang sedap.
Ingat lagi tak lagu Anak Itik Tokwi? Enjet2 Semut? Jong2 Inai?
Irama yang sama cuma senikata berbeza...

CD Dhuha (Jom Menyanyi Bahasa Arab)
Hadiah abah untuk Auni
Lagu-lagu dalam ini pun sedap didengar dan mudah dihafal
Auni paling suka lagu "warna-warna 2"

CD Nasyid terbaru untuk princess

Koleksi CD Auni setakat ini.
- nak cari DVD Iqra' pula

Wordless Friday

Thursday, July 28, 2011

Wordless Thursday

Playhouse Disney Encyclopedia

Hadiah untuk Auni

Kebetulan ada promotion kat ofis ummi minggu lepas.
Hanya RM29.90 (harga asal RM 1xx)

gambar yang sangat jelas...auni memang suka

Nature...Animal...Earth

Bagus buku ni...

Wednesday, July 27, 2011

nursery

(ini bukan Projek Teratak Mawaddah yang kami katakan semalam ya...)

Ummi memang suka dengan bunga, tapi sedikit tidak rajin untuk menanam atau menggubah bunga (^_^) Bila tengok bunga cantik-cantik, tenang je rasa. Seronok pula tu. Jadi, ummi sekadar menanam bunga di nurseri ajalah.

3 pokok bunga sedang berbunga dengan mekarnya....
Ramai juga pengunjung yang datang sini nak pilih/beli/lihat bunga-bunga yang cantik tu

bahagian ini memang kena jaga betul-betul.

- siram bunga ikut masa
- pastikan bunga tak diserang serangga
- untuk mendapatkan bunga yang cantik, kena kacukkan debunga tu betul-betul.


* ummi dah boleh buka nursery tak?

Projek Terbaru Teratak Mawaddah

(gambar sekadar hiasan)


Penghuni Teratak Mawaddah sedang sibuk dengan projek terbaru mereka.
Ikut perancangan, projek tu kena siap dalam minggu ni juga.
Ini kerana minggu depan, ada sesuatu yang istimewa kami nak sajikan
kepada semua Sahabat Mawaddah dan pengunjung di sini.

Apa dia?
Biarlah rahsia ......... (^_*)

~ doakan agar kami diberi kesihatan yang baik agar kami dapat laksanakan cita-cita kami itu ~

Wordless Wednesday

(Jun/2011)

Monday, July 25, 2011

cimb clicks

Alhamdulillah.
Settle pun hal cimb clicks ni.
Punyalah lama asyik tertangguh nak selesaikan masalah e-pin ni.
Sebenarnya ummi langsung tak ingat no. e-pin apatah lagi ID dan password
nak login cimb clicks ni. Masakan tidak, tak guna cimb clicks ni hampir 5 tahun (^_*)

Pagi semalam dah telefon cimb, selesaikan apa yang patut.
Lepas ni mudahlah sikit nak berurusan.
Bayar bil ke, nak shopping ke (ini ummi suka) hihi.

Semalam lepas ke cimb dengan adik praktikal, ummi sempat singgah Syarikat Muda Osman cari majalah ANIS. Dapatlah sambar sebuah buku untuk Auni (^_^)
Besar dan jelas tulisan tu. Auni pun lagilah suka dapat buku baru.

************************************************
* insyaAllah esok baru nak pos hadiah GA baru ni. Memang tak sempat nak pos semalam huhu.

Jadual Teratak Mawaddah

InsyaAllah, kalau tiada halangan inilah jadual kami untuk fasa ke-2 dalam tahun 2011 :-


Ogos > Berpuasa di Kelantan > berhari raya juga di Kelantan (tahun ni giliran Kelantan)


September > (menghabiskan masa di Kelantan)


Oktober > Ke Kedah meraikan abah sempena Convocation Day (Diploma Pendidikan di UUM)


November > Keluarga Shah Alam datang Kelantan (adik ummi nikah dengan orang Bachok)
* Ada seorang Sahabat Mawaddah ni merupakan bakal kakak ipar adik ummi. Siapa agaknya....? Kita tunggu nanti....


Disember > Balik Shah Alam (kenduri) > Melaka/Cameron Highland


* Doakan segala perancangan kami berjalan lancar ya (^_^)
* Bulan 12 ni kalau berkesempatan nak jumpa Sahabat Mawaddah yang duduk area Shah Alam (^_^)

Wordless Monday (2)

Sunday, July 24, 2011

Stylish Blogger Award

nampak tak anak panah warna kuning tu? (^_^)
ummi terima AWARD ni dari anamarzablog baru-baru ni. Ini kali kedua Teratak Mawaddah terima award. Kali pertama dulu daripada Perisai Mahkota. Terima kasih banyak kak (^_^)

Jadi, kami di Teratak Mawaddah nak hadiahkan pula award ni kepada semua Sahabat Mawaddah. Kalau sudi, ambillah ya buat tanda kenangan (^_^)

Wordless Sunday (3)

Auni & 'Asim

Saturday, July 23, 2011

nok ket

~ Hari Raya 1431h ~
Ulangtahun Kelahiran Princess Solehah & Acik Eriz


21/07/2011

"Ummi, nok ket" rengek Princess Solehah sambil melentokkan kepalanya atas riba ummi. "Nanti tunggu abah balik kita beli ket ye?".
"Nanak, nok ket" rengeknya lagi.
Alamak, nak cari kat mana?. Nak buat kek, bahan-bahan takde kat dapur. Satu apa pun takde.


~ Februari 2011 ~
Ulangtahun Kelahiran Abah Yie & Ummi Na


22/07/2011

"Ummi, nok ket" bangun tidur terus tanya kek?
"Nanti kita tunggu abah balik. Makan roti dulu, nak?"
"Tok che. Nok ket" katanya lagi.
Alamak, ingatkan dah lupa pasal kek. Masa ni abah takde di rumah seharian. Ummi nak telefon abah minta belikan kek pun tak boleh sebab ummi tak boleh call out. Hanya call in boleh jawab huhu.

~ Moist Orange Chocolate Cake ~


23/07/2011

"Ummi...ummi..," panggil Auni.
"Ada apa dik?".
"Ket," waaaa....kek lagi?
"Abang, belikan Auni kek nanti. Kesian dia, dari kelmarin nak kek tu," abah hanya menganggukkan kepala tanda setuju. Kita tunggu abah balik nanti, beli ke tak kek tu?

* Auni dah pandai mengidam kek hihi (^_^)

- masa entry ini ditulis, tiba-tiba dia cakap "Ummi...nashik mi," (nasi yang diminta)

Ucapkan salam dan bersalaman

Mari ucapkan salam bila bertemu teman
dan juga bersalaman disertai senyuman
dengan hati yang lapang dan maaf diberikan
hilanglah permusuhan untuk persahabatan

- lagu nasyid kanak-kanak Islam -


Petikan nasyid di atas merupakan salah satu dari nasyid kesukaan Princess Solehah. Kalau pasang video nasyid kanak-kanak yang lain dia tak nak. Kena pasang lagu ini dulu (^_^). Biasanya, Princess Solehah akan bagi salam terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke rumah.

"Alam....." - dia nak kata assalamu'alaikum (sambil lambai-lambai tangan tu..)

Kalau nak balik dari menziarahi teman/rumah tokmi KK, dia juga akan menyalami tangan seluruh ahli keluarga.

"Auni, salam dulu kalau nak balik"

Segera dia capai tangan sesiapa yang duduk berhampiran lalu dicium tangan itu. *Tangan Nafi' yang sebayanya pun dicium (^_^).

Kalau ambil Auni dari nurseri, sebelum balik tu ummi perhatikan aja Auni. Dia senyum-senyum, tapi segera berlari mendapatkan "ibu" lalu menyalami tangan ibu. "Tata..." kata Auni sambil melambaikan tangan. "Auni tak payah balik ya, duduk sini dengan Cik Ana" usik pembantu ibu. "Tok che," lekas dia geleng kepala sambil pegang tudung ummi (^_*)

**************************************
Anak kecil fitrahnya suci bersih. Ibu bapa yang patut mencorakkannya dengan nilai mukmin sejati dan bersabarlah dalam mendidik mereka.

Wordless Saturday

Oktober/2009

sarapan pagi kami

Waktu sekarang menunjukkan jam 5.15 pagi.
Ummi sedang menemankan Princess Solehah memasak.
Masak apa? Hanya dia yang tahu jawapannya hihi

"Ummi...masak," berkali-kali dia sebut kat ummi.
Sambil itu Auni angkut segala peralatan memasaknya
lalu bawa ke hadapan ummi.
"Ummi...masak. Masak," rengeknya manja.
"Adik nak masak apa?"
"Aye (ayam)"
Maka kedengaranlah suara "syyhh...syhh....syyhhh" memecah hening pagi.
(* syyhh = bunyi auni memasak)
Jadi, sarapan pagi ni disediakan oleh Auni dengan masakan "Aye" nya itu.

Sekian, dari dapur Teratak Mawaddah (^_^)

Friday, July 22, 2011

Header untuk 10 Followers Terawal di sukasuka

Bagi anda yang tidak mengetahuinya lagi, kami ada teratak kedua ya (^_^). Teratak kedua kami diberi nama sukasuka. Hari tu kami janji yang kami akan berikan hadiah header kepada 10 Followers Terawal di sukasuka. Nak tengok siapa yang terpilih? Mari kita berkenalan dengan tuan punya blog :-


Jadi, tunggu apa lagi? Jom ziarah sahabat baru dan lama kami ni (^_^). Tak rugi berukhuwwah fillah.....Salam sayang, hingga jumpa lagi. Terus setia bersama kami di sukasuka dan Teratak Mawaddah.

tok che

Abah : Nasi dah habis, kita makan roti aja ya?
Auni : tok che...

Ummi : Okey, dah siap mandi. Jom kita keluar
Auni : tok che...

Abah : Pakai kasut ni, itu kasut Kakak Aisyah
Auni : tok che...

Ummi : Ambil susu ni, adik tidur kat depan ye?
Auni : tok che...

*************************************

* tok che auni tu dia sebut dalam nada tegas dan pelat dia sendiri (^_^)
apa maksud tok che auni tu....? Cuba teka. hehehe.

Jejak Kasih : Perisai Mahkota


Sudah lama kami di Teratak Mawaddah tidak mendengar khabar daripada tuan blog Perisai Mahkota ni. Adalah hampir 2 bulan lamanya. Dahulunya Pakcik Iklil (dibahasakan begitu bila dia bertandang ke Teratak Mawaddah menjenguk Auni) kerap kali bertandang ke sini. Membawa khabar berita. Kami kerap ziarah beliau di terataknya, membaca entry terbaru. Ummi senang sekali menziarahi adik ini.

Entry terakhir Iklil adalah Mintak Darah. Macam seram aja bila baca tajuk tu kan? Kalau nak tahu, pergi ziarah beliau di terataknya sana hehe. Macam-macam ado. Ummi suka dengan gaya penulisan adik Iklil ni, dalam serius ada senda guraunya. Biasanya tulisan beliau membuatkan kita jadi suspen. Baca tajuk sahaja, memang suspen lah nak tahu apa isinya.

Entry ini adalah segmen baru di Teratak Mawaddah. "Jejak Kasih" namanya. Mencari semula atau menyambungkan ikatan ukhuwwah yang agak lama terpisah di kalangan Sahabat Mawaddah. Mungkin anda seterusnya? Sama-sama berukhuwwah dengan kami di Teratak Mawaddah (^_^)

* Iklil, kalau baca entry ini, sudi-sudilah kiranya menziarahi kami di Teratak Mawaddah ya.

Thursday, July 21, 2011

Terima Kasih Sahabat Mawaddah



Senarai Sahabat Mawaddah akan diedit tidak lama lagi.
Jadi hanya yang aktif memberikan komen dan berkunjung ke Teratak Mawaddah akan ummi senaraikan dalam list seperti gambar di atas.



Manakala TEGUR SAPA akan dipadam dari senarai. Cuma Sahabat Mawaddah yang ada di sini akan ummi NAIKKAN PANGKAT ke Ramah Mesra ikut giliran. Hehehe...sesuka hati ummi je, kan?

Selebihnya ummi akan BW berdasarkan Senarai Followers/Sahabat Mawaddah
mengikut giliran (^_^)
Berikan kami masa untuk ziarah anda semua ya.


* tapi, kepada mana-mana Sahabat Mawaddah yang HARI-HARI kami jenguk, diharap kehadiran kami tidak mengganggu kalian (^_^)

~ kepada Sahabat Mawaddah yang baru, bolehlah panggil ummi = ina, ummi, ummu auni, Ummi Na ya..Nama ummi bukan Mawaddah (^_^)

Bila suami jadi SURI

memasak ketika awal perkahwinan di rumah nenek Tanjong Karang (^_^)
- masa ummi pregnant 5 bulan -


ini pula ketika di rumah Tokmi Kubang Kerian
- ummi mengandung 6 bulan -

* Gambar2 di atas di ambil ketika tahun 2009


Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab dikurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab. Salah satu sikap baik abah yang wajar ummi bangga adalah abah seorang yang suka menolong ummi membuat kerja rumah. Tengok ajalah gambar di atas tu.

Masa ummi mengandungkan auni (ummi mabuk sampai usia kandungan 5 bulan), abah mesti masak, menyapu rumah, membasuh dan mengemas. Bukan memanjakan diri ummi, tapi memang ummi betul-betul tak boleh bangun waktu tu. Berpinar-pinar je pandangan ni. Sesekali nak bermanja dengan suami, takpe kan? 3 bulan pertama sangat sukar bagi ummi. Kenapa? Sebab kami PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Abah di Timur, ummi pula di Selatan huhu. Setiap 2 minggu abah berulang alik dari KB-N9.

Sampai hari ini pun, kalau ummi letih...abah yang akan memasak. Masak nasi lah tapi hehe. Lauk pauk biasanya beli di gerai depan ofis ummi. "Abang, hari ni ina rasa tak nak masak. Boleh tak?" "Takpe, tak nak masak takpe. Abang tahu ina letih. Kita beli lauk kat kedai. Abang dah masak nasi" - siapa tak suka kalau dapat suami macam ni? Kadang-kadang abah goreng telur. (abah sebenarnya pandai masak, tapi dia tak tunjuk skill nya tu hehe). Tapi, hari RABU memang tak pernah masak sebab hari Rabu Pasar Malam. Biasanya kami beli kat pasar aja pun. Ummi memang tak makan nasi waktu malam.

Bertuah auni dapat abah macam ni kan? (^_*)

Dipendekkan cerita, penyakit ummi datang semula. Sebab itu ummi dah lama tak masak. Penyakit ni kalau datang memang payah ummi jadinya. Kena mujahadah sikit nak lawan. Penyakit apa? Penyakit MALAS = M.A.L.A.S

Sekian, terima kasih sebab sudi baca entry ummi ni....

Aku Jatuh Cinta

- sedang khusyuk menaip entry hehe -

SAYA SUKA KERJA SAYA.
I LOVE MY WORK!!

Alhamdulillah, nak masuk sebulan rupanya ummi duduk di unit baru. Seronok dan sangat enjoy dengan kerja sekarang ni. Sungguh. Ummi jatuh cinta lagi! Jatuh cinta dengan kerja di unit baru ni. So far so good. Bos ummi baik, dia selalu bantu ummi memahamkan sesuatu laporan. Memang sporting sangat bos ummi ni. Dia sempoi orangnya. Sebab usia dia dan ummi cuma beza 1 tahun je pun. Eh, ketua ummi ni perempuan ya. Haaa....ingatkan dia lelaki ye?

Saya suka kerja saya...saya suka kerja saya...saya suka kerja saya...(sebut 100x) - insyaAllah kita akan betul-betul suka dengan kerja kita tu (^_^). Pada ummi, untuk kita terbitkan rasa cinta pada kerja kita tu...pertamanya adalah kita kena tanamkan dalam diri kita ni, kita kerja Lillahi Ta'ala. Kita kerja kerana Allah. Kita suka atau tak suka dengan kerja kita (punca daripada sikap ketua/rakan sekerja/suasana tempat kerja)...tapi bila kita ingat yang kita kerja kerana Allah, pasti akan terbit rasa cinta dengan kerja tu secara otomatik.

Ummi suka dengan suasana yang mana ketua dan anak buah seperti satu tubuh. Sakit satu badan, sakitlah seluruh. Kerja berpasukan ni, jangan hanya pentingkan diri sendiri. Ada give and take. Kalau kita nak diri kita dihormati oleh orang lain, kita terlebih dahulu kena ada sikap hormat kepada orang lain. Bermusyawarah sangat penting untuk mencapai kata sepakat. Janganlah ikut angin sendiri je....semua nak orang ikut cakap kita.

Eh, banyak pula ummi cerita pasal kerja ni hehe (^_^).

Okey, memandangkan GA pun dah selesai...ummi akan menulis kembali pasal kisah Auni, Teratak Mawaddah, karya ummi yang tertunggak, resepi...ops! Cakap pasal resepi ni, ummi ada satu rahsia. Mungkin ia dah tak jadi rahsia sekarang ni :p **pssstt, ummi dah hampir sebulan tak masak kat rumah. Sokmo abah je yang masak. Kenapa ummi tak masak? Ummi akan cerita di entry akan datang (^_^)

* SABAR itu INDAH

Wednesday, July 20, 2011

Moga usiamu diberkati

Atok dan nenek Auni

.: Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yang ke-53 :.
: 20/07/1958 - 20/07/2011 :

Ucapan dan doa untuk abah :-
Semoga bertambah-tambah rahmat dan keberkatan umur kurniaan Allah kepada kita.
Semoga panjang umur dalam jagaan Allah selalu.
Maafkan yie dan ina atas segala kesalahan.

Abah....love u so much
- yie ~ ina ~ auni -

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...