:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, May 25, 2009

- Himpunan Pengukuh Cinta Umi dan Abah -

Alhamdulillah,syukur yang tak terhingga dan tak terucap dengan kata-kata. Usaha kami untuk mengumpulkan semua adik-adik (din, ewa, bilah, iwe) termasuk umi dan abah terlaksana jua akhirnya. Memang dah lama sangat Abah Yie dan Ummi Na merancang untuk mengumpulkan semua sekali, itu belum lagi termasuk adik-beradik yang sedang menuntut di Mesir (Abe Long, Kak Long, Fiq dan Aisyah).

Hasrat kami untuk meraikan mereka di Cerana Villa Resort dan Ikan Bakar diserikan lagi dengan kehadiran Sue Chah (mak sedara). Walaupun kekangan masa menghambat kami terutama Din (Nuruddin) dan Ewa (Najwa), namun semuanya berjalan dengan lancar walaupun jam melewati 11 malam ketika kami sampai di sana. 22 Mei 2009 yang lalu, di bawah sinaran lampu-lampu yang agak malap dan mengasyikkan :), kami menikmati makanan seadanya. Masing-masing tak sabar dah, maklumlah perut berkeroncong dari petang tadi. Agak lewat dari masa yang kami jangka kerana menunggu din tiba dari Kuantan.

Majlis kecil-kecilan ini diadakan untuk meraikan adik bongsu kami Bilah (Nabilah) yang dapat meneruskan pengajian ke Pusat Asasi UIA, Ewa (Najwa) yang dapat meneruskan pengajian ke UIA Kuantan, Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Bapa untuk Umi, Abah dan Sue, tak ketinggalan meraikan Din (Nuruddin) yang meneruskan praktikal di HTAA, Kuantan juga Iwe (Safwan) yang bakal mengikuti Pengajian Tahfiz Ustaz Ismail.

(Selamat Hari Ibu dan Hari Guru umi : Wan Norma bt Wan Abdu Rahman)

(Selamat Hari Bapa dan Hari Guru abah : Mohamed bin Hj. Ismail)

(Kenangan terindah : berdiri dari kiri > Ummi Na, Ewa, umi, abah, Bilah dan Sue)

(Duduk dari kiri > Iwe, Abah Yie dan din)

(Ummi Na diapit oleh dua orang puteri jelita)

(Ummi Na bersama tiga orang puteri jelita alaf ini)

** Semoga usaha kami untuk mengumpulkan semua ahli keluarga terlaksana dan dimakbulkan Allah...Ameen. Adik-adik, ketahuilah...kitalah permata hati Umi abah, pengukuh cinta mereka. Usah biarkan hati mereka terguris lantaran sikap kita. Sayangilah mereka dan berbaktilah kepada mereka selagi kita masih diberi peluang. Hargailah mereka...


*** Dedikasi buat Umi dan Abah...kami sayangkan Umi dan Abah. Terima kasih atas segalanya, perhatian, kasih-sayang, nasihat, teguran juga didikan...Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian di atas segala pengorbanan yang kalian berikan kepada kami semua. Mohon maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan kami selama ini. Doakan kami dunia akhirat....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...